12 tahun orang sangka Mamat kena ‘kick’, rupa-rupanya ini sebenarnya yang jadi

12 tahun orang sangka Mamat kena ‘kick’, rupa-rupanya ini sebenarnya yang jadi

 

Bermula dengan kemenangan sebagai ‘Raja Lawak 3’, potensi kumpulan ‘Sepah’ yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat sangat dikenali bermula pada tahun 2009 selaku pelawak dengan idea-idea baru.

Dari situ, nama mereka terus dikenali sehingga mempunyai siri drama dan filem sendiri.

Yang salah tu bila cakap dulu kita kick Mamat, tak…Mamat kat situ je

Namun di saat populariti 3 anak jati Johor ini sedang memuncak, peminat dikejutkan dengan khabar bahawa Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad didakwa telah ditendang keluar daripada kumpulan Sepah.

12 tahun berlalu sejak perpecahan itu terjadi, akhirnya Jep menjelaskan perkara sebenar yang mungkin tidak diketahui ramai.

12 Tahun Orang Sangka Mamat Kena Kick, Jep Dedah Sebalik Perpecahan Geng Sepah

Abang yang keluar…Jadi takde siapa keluarkan siapa

Dalam keratan video yang tular, suami kepada Sari Yanti ini berkata sebenarnya Mamat tidak pernah dikeluarkan pun.

Sebaliknya, Jep dan Shuib yang mengambil keputusan keluar, menubuhkan kumpulan baru sebelum terus aktif menggunakan jenama Sepahtu.

Walaupun sudah berpecah dan tidak memuat naik apa-apa gambar bersama, hakikatnya mereka bertiga masih rapat berhubung layaknya seperti sahabat sejati.

@mhdzzl

#jepsepahtu #shuibsepahtu #mamatsepah #mesinkelapaparut

♬ original sound – Admin TikTok Syif Malam – Admin TikTok Syif Malam

Kontroversi Mamat pernah jejaskan nama Sepah yang sedang naik waktu itu

Terdahulu, Jep pernah meluahkan punca dia membawa haluan sendiri adalah demi menjaga nama baik kumpulan Sepah itu sendiri.

Di mana saat itu, Mamat kebetulan dihimpit dengan kontroversi percintaannya yang diakui memberikan tempias kepada Jep dan Mamat.

Ibarat peribahasa Melayu, kerana nila setitik, rosa susu sebelanga.

12 Tahun Orang Sangka Mamat Kena Kick, Jep Dedah Sebalik Perpecahan Geng Sepah