3 kali jalani pembedahan plastik termasuk facelift, Bunda Corla bangga dipuji iras Siti Nurhaliza

3 kali jalani pembedahan plastik termasuk facelift, Bunda Corla bangga dipuji iras Siti Nurhaliza

 

Personaliti media sosial sensasi Indonesia Bunda Corla tampil dalam sebuah video di TikTok miliknya bagi mempamerkan wajah terbaharunya selepas menjalani beberapa prosedur pembedahan plastik.

Bunda Corla dilaporkan menjalani pembedahan plastik itu di Jakarta, Indonesia bagi mendapat wajah lebih awet muda berbanding usianya yang sebenar.

Pemilik nama sebenar Cynthia Corla Pricillia itu mendedahkan dia melakukan tiga prosedur termasuk brow lift bagi menaikkan bahagian sekitar mata agar nampak lebih segar.

bunda 2

Bunda Corla.

Selain itu, Corla turut melakukan facelift bagi menegangkan kulit wajah selain mengubah struktur wajahnya agar kelihatan lebih muda berbanding usianya yang sebenar.

Influencer yang menetap di Jerman itu turut melakukan pembedahan bagi memperbaiki bentuk hidungnya yang pernah menjalani prosedur sama pada 1997 dan awal tahun ini.

Menerusi TikTok miliknya, Corla memberitahu dia mendapat banyak pujian sehingga wajah terkininya dikatakan mirip penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Teruja dengan pujian diberikan, Corla turut memuat naik video mempamerkan wajahnya sambil menyanyikan lagu popular Siti iaitu Bukan Cinta Biasa.

“Kenapa banyak yang kata seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza muka Bunda sekarang,” tulisnya pada bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Video itu turut mendapat perhatian netizen dan ada bersetuju dengan perkara itu manakala yang lain pula berpendapat wajah mereka berbeza.

bunda 3

@bundacorlaofficialss

Ko banyak yg bilang kaya Datu Siti Nurhaliza muka bunda sekarang..

♬ Bukan Cinta Biasa – Siti Nurhaliza

Bunda Corla sebelum ini pernah menjalani pembedahan pada bahagian hidung.

“Aku ingatkan Siti Nurhaliza zaman 90-an! Betul la mirip Siti Nurhaliza,” komen netizen.

Bagaimanapun ada berpendapat Corla lebih cantik dan nampak natural dengan wajah sebelum pembedahan.

“Saya lebih suka wajah Bunda Corla yang asal kerana lebih cantik dan asli,” komen netizen yang lain.