5 kartel kawal harga ayam di Malaysia, kata bekas pegawai tinggi Kementerian Pertanian

5 kartel kawal harga ayam di Malaysia, kata bekas pegawai tinggi Kementerian Pertanian

KEMPEN DAN LAUNGAN TURUNKAN HARGA AYAM SIA SIA SAHAJA

Malam tadi di sebuah restoran Turki, di pinggir kota kami bercerita fasal kenaikan harga barang khasnya harga ayam yang semacam tidak terkawal dan dikawal langsung. Saya bertiga, seorang doktor dan seorang bekas pegawai di kementerian pertanian taraf jusa.

Doktor berkenaan nampak sangat terkedu dengan harga ayam yang naik menjulang. Kerana dia sedar kawan saya itu bekas pegawai tinggi kerajaan di kementerian pertanian, lalu dilontar pertanyaan kenapa harga ayam naik dan apakah tidak ada jalan untuk merngatasinya. Apakah kerajaan tidak ada keupayaan untuk mengatasinya.

Ringkas sahaja dijawab oleh bekas pegawai itu, naik turun harga ayam ini bukan perkara baru. Ia berlaku sebelum ini sebabnya mudah sahaja kerana ada pihak yang mengeksploitasi harganya untuk kepentingan mereka. Yang menentukan harga ayam bukan kerajaan seperti jabatan haiwanan dan sebagainya tetapi kartel.

Menurutnya ada lima kompany besar yang dianggap sebagai kartel yang menguasai dan mengawal pasaran ayam. Golongan ini menguasai semua aspek dalam industeri ini, daripada makanan, benih ayam, sampailah kepada daging ayam.

Saya dengar sahaja. Yang menariknya, apabila pegawai berkenaan menjelaskan kegagalan kerajaan mengawai harga ayam ini kerana ulah atau perangai kerajaan sendiri. Apa-apa tindakan untuk membendungnya seakan tidak disenangi oleh segelintir pegawai kerajaan sendiri. Sebabnya kalau mereka bertindak tegas, mereka hilang pendapatan ghaib, wang rasuah yang disiapkan oleh para kartel.

Itu sahaja, sebabnya bukan payah untuk memahaminya. Semasa beliau di kementerian dahulu pegawai itu pernah mencadangkan kepada menteripertanian ketika itu Mahiaddin Yassin menubuhkan satu badan khas untuk mengurus dan mengendalikan hal itu, tiru seperti apa dilakukan oleh kerajaan Thailand. Tetapi malangnya, Mahiaddin hanya setakat angguk beruk sahaja.

Kesimpulannya, Ngo atau persatuan pengguna tidak perlu berjuang atau pun melancarkan kempen untuk turunkan harga ayam, kerana ia sia-sia sahaja. Kata orang usaha itu samalah seperti kura-kura naik menolak pokok balak. Selagi gajah sendiri tidur dan lena pokok balak itu tidak akan bergoyang pun. Jadi kura-kura jangan sia-siakan masa, Tak percaya tanya Tok Dor. Trims.