8 keburukan rokok terhadap kesuburan lelaki, pasangan susah nak hamil
Jika anda merokok, anda sudah tahu anda patut berhenti. Merokok buruk bagi jantung anda, paru-paru, otak, dan malah kehidupan seks anda.
Merokok perlu dihindari. Hal ini kerana perbuatan merokok menyebabkan ketidaksuburan kepada lelaki dan menyebabkan pasangan sukar untuk hamil. Ini merupakan 8 kesan merokok kepada kesuburan lelaki.
8 KESAN MEROKOK KEPADA KESUBURAN LELAKI
1- Jumlah air mani dan bilangan sperma berkurang sebanyak 20 peratus.
2- Mengurangkan keupayaan sperma untuk berenang ke arah ovum wanita sebanyak 10 peratus.
3- Kelajuan dan keaktifan sperma berkurang lalu menyebabkan sperma menjadi lembab.
4- Mengurangkan jumlah sperma yang berbentuk normal!
5- Kecacatan sperma bertambah. Hal ini termasuk insiden coiled sperm (ekor sperma tersimpul antara satu sama lain) di samping bermacam kecacatan lain.
6- Kerosakan DNA pada sperma sehingga menghalang proses persenyawaan.
7- Racun termasuk nikotin dalam rokok menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang sehingga penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.
8- Bahan kimia dalam rokok mengurangkan nutrienpenting dalam air mani termasuk ascorbic acid, zink, kuprum, superoxide dismutase dan lain-lain.
Kesan Buruk Yang Lain
Selaput bawah mata dan katarak mata
Menurut kajian John Hopkins perokok 4 kali lebih besar kemungkinan tidak boleh berehat dibandingkan yang tidak merokok. Semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan mata terkena katarak. Hati-hati, kawan, katarak boleh menyebabkan buta.
Kulit Menjadi Tidak Cantik Dan Bersisik
Menurut sebuah kajian tahun 2007, jika anda mengisap satu bungkus rokok sehari selama 10 tahun atau kurang, risiko kulit bersisik meningkat 20%, 11-20 tahun risiko anda adalah 60% lebih tinggi, dan bagi mereka yang merokok lebih dari 20 tahun resiko meningkat 50 %,(malah kesan merokok semasa hamil atau masa kanak-kanak dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi.)
Gigi kuning dan Kotor
Apakah anda tidak suka gigi yang putih? Kalau anda merokok sila ucapkan selamat tinggal buat gigi putih.
Penuaan awal dan berkedut
Pakar sepakat bahawa merokok mempercepat proses penuaan, sehingga perokok kelihatan 1,4 tahun lebih tua daripada kebanyakan bukan perokok. Mengapa wajah berkedut? Merokok menghimpit kumpulan darah yang menjadikan jaringan kulit kelihatan kenyal.
Jari Kuning
Nikotin dalam asap rokok tidak hanya dapat membuat gigi anda (dan dinding rumah anda) coklat, tetapi juga membuat jari dan kuku anda kuning.
Rambut tipis
Perokok memiliki rambut nipis yang cenderung gugur dan lebih cepat botak dari yang bukan perokok. Menurut kajian di Taiwan tahun 2007 , lelaki perokok dua kali lebih cepat botak dari bukan perokok, disamping faktor genetik.
Hilangnya aura semulajadi
Pernah perhatikan bagaimana kulit perokok ‘kadang-kadang nampak seakan-akan mati? Asap rokok mengandung karbon monoksida, yang menggantikan oksigen pada kulit anda, dan nikotin, yang mengurangi aliran darah, meninggalkan kulit kering dan berubah warna. Merokok juga menghabiskan banyak nutrion, termasuk vitamin C, yang membantu melindungi dan memperbaiki kerosakan kulit.
Penyembuhan luka lama
Pakar menemui kesimpulan bahawa perokok memerlukan masa lebih lama untuk sembuh selepas pembedahan atau rawatan seperti face-lift, ekstraksi gigi, dan prosedur periodontal.haxims