Kad jemputan sudah diedar, majlis kahwin batal saat akhir, lelaki tak boleh terima pasangan badan berisi
Bercakap mengenai jodoh, semua orang cuba untuk mencari pasangan yang sempurna di mata mereka.
Namun kesempurnan bukan dinilai dari rupa luaran semata-mata, hati adalah jauh lebih penting dari segalanya.
Namun begitu, lain pula kisah mengenai seorang wanita ini yang ditinggalkan oleh bakal suami atas punca yang mengejutkan.
Batal perkahwinan saat akhir
Menerusi posting gambar di akaun TikTok milik elvinaramayanti98, dia meluahkan rasa kecewa apabila perkahwinan yang sudah lama dirancang akhirnya dibatalkan kerana bakal suami dikatakan enggan menerima pasangan yang memiliki berat badan yang berlebihan.
Kad jemputan sudah diedarkan kepada tetamu
Wanita yang bernama Elvina itu menyatakan hatinya retak dan kecewa apabila mengetahui perkara itu.
Sedangkan kad-kad jemputan sudah pun di edarkan kepada rakan-rakan, keluarga, dan orang ramai bagi menghadiri majlis mereka.
Namun, harapan yang dia impikan selama ini punah segalanya.
Terkejut tengok telefon pasangan
Menurut Elvina, beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung, dia merasakan sesuatu tentang pasangannya lalu tergerak hati untuk memeriksa telefon bakal suaminya.
Alangkah terkejutnya apabila melihat bakal suaminya berbalas mesej dengan wanita lain.
Tanpa berfikir panjang, dia terus bertanyakan hal itu untuk mendapatkan kepastian.
Menduakan hubungan yang lama terjalin
Elvina turut bertanyakan persoalan kepada bakal suaminya tentang apa yang lelaki itu inginkan lagi.
Dia sedang cuba untuk diet dan meminta lelaki itu untuk cuba bersabar.
Bukannya menduakan dia seperti ini, luahnya lagi. Namun jawapan yang diberi membuatkan Elvina lagi tersentak.
“Apa yang awak mahukan? Adakah berat badan saya menjadi masalah? Adakah awak malu untuk mempunyai isteri berbadan gempal?”
Mahukan isteri yang langsing
Jawapan yang diberikan oleh lelaki itu seakan tidak berhati perut kerana menghina bentuk tubuh badan Elvina yang dikatakan ‘berisi’.
Lelaki itu turut menyatakan bahawa dia mahu memiliki isteri yang mempunyai bentuk badan yang langsing.
Lelaki itu juga mengatakan bahawa dia akan pergi ke rumah Elvina dan bertemu dengan ibu bapanya untuk memutuskan hubungan mereka secara baik.