“Tiada pakwe sehingga tamat belajar” – Ayah buat perjanjian dengan anak buat ramai terhibur

“Tiada pakwe sehingga tamat belajar” – Ayah buat perjanjian dengan anak buat ramai terhibur

 

Setiap ibu bapa pasti mahu perkara terbaik buat anak-anak. Ini kerana anak merupakan anugerah dan amanah tuhan yang tidak ternilai.

Apabila menyebut soal mendidik anak, pernahkah anda mendengar kata orang-orang tua dahulu bahawa menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga 100 ekor lembu.

Ini kerana didikan serta jagaan yang teliti dan rapi perlu diberi kepada mereka agar didikan tersebut dapat diamalkan apabila mereka besar nanti.

Namun, pada masa kini, tugas mendidik anak terutamanya anak perempuan boleh menjadi sukar akibat daripada kecanggihan teknologi dan perkara lain seperti rakan sebaya dan media sosial yang boleh memberi pengaruh dalam kehidupan anak-anak.

Lelaki Buat Perjanjian Dengan Anak, Tiada Teman Lelaki Sehingga Habis Belajar

Risau dengan cabaran dan dugaan pada masa hadapan, seorang bapa telah membuat perjanjian bersama dua orang anak dara ciliknya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @abah_double_sumayyah, dia telah berkongsikan momen di mana satu perjanjian telah dibuat di antara dia dan anak-anak perempuannya berkaitan tiada teman lelaki sehingga mereka menamatkan pelajaran.

Kelihatan lelaki berkenaan menunjukkan dokumen perjanjian yang tertera ‘Perjanjian di antara Abah dan anak-anak abah: Tiada Pakwe Sehingga Tamat Belajar’.

“Baca ini abah dah buat ayat besar-besar dah ini ‘Tiada Pakwe Sehingga Tamat Belajar’, bukan habis form 5 (tingkatan 5).

“Habiskan dulu diploma dengan degree (ijazah) tahu, baru ada pakwe, boleh? Kakak boleh? Janji?” kata lelaki berkenaan kepada anak-anaknya itu.

Apa yang menarik perhatian adalah kelihatan dia turut meminta kedua-dua anak perempuannya menurunkan tandatangan sebagai tanda setuju dengan perjanjian tersebut sebelum ianya dituruti oleh si anak.

Video yang telah mendapat lebih 500 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata terhibur dengan apa yang dibuat oleh lelaki berkenaan bersama anak perempuannya itu.

Malah, ada yang percaya tidak mustahil perkara sebegini turut dilakukan oleh ayah mereka suatu masa dahulu menyebabkan mereka kini masih kekal single.

@abah_double_sumayyah

Time2 umur mcmni la kita buat perjanjian dengan diorang. Senang dah beso boleh claim 😆#fypdongggggggg #anakperempuanku❤️😘 #CapCut

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)