Isteri hamil mengidam nak pegang pinggang tentera laut, suami dipuji sanggup tunaikan permintaan isteri

Isteri hamil mengidam nak pegang pinggang tentera laut, suami dipuji sanggup tunaikan permintaan isteri

Apabila bercakap soal mengidam di kalangan ibu-ibu hamil, tahukah anda gejala ini bukan sahaja melibatkan perasaan ingin makan sesuatu yang teramat sangat? Ia turut merangkumi kehendak mahu melakukan satu perbuatan pelik yang terkadang tidak boleh dihadam oleh akal fikiran. Ya, itulah yang dilalui ramai wanita di luar sana.

Isteri mengidam pegang pinggang askar laut

Pelik tapi benar, 3 hari lalu seorang wanita ini menjadi tular di media sosial selepas suaminya mendedahkan episod-episod mengidam benda pelik yang sedang dialami. Entah macam mana, isterinya dikatakan teringin untuk memegang tubuh tentera laut yang dilihatnya ketika itu.

Suami minta izin bagi pihak isteri…Akhirnya ditunaikan

Kebetulan ada seorang anggota yang hendak melintasi mereka, suaminya dengan penuh sopan telah meminta izin secara baik agar apa yang diidamkan isteri dapat ditunaikan. Tidak bercakap banyak, tentera itu telah memusingkan badan sebelum wanita berkenaan memegang pinggangnya untuk 3 saat sahaja.

Mereka kemudiannya mengucapkan terima kasih atas kesudian anggota itu melayani permintaan pelik ini.

 

@_hanatuh

istri ngidam kok gini banget 😄 #istri #ngidam #aneh #istringidam

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Dulu aku mengidam makan bakso, tapi yang jual tu kena pakai kasut

Sejak dikongsikan ke TikTok, perkongsian tersebut sudah meraih lebih 2.4 juta tontonan daripada netizen. Rata-ratanya merasa amat terhibur dengan pasangan itu sekaligus berkongsikan fasa mengidam mereka yang tak kurang anehnya.