Lama berdiam diri, akhirnya Ira Kazar bersuara isu ganggu Puteri Sarah

Lama berdiam diri, akhirnya Ira Kazar bersuara isu ganggu Puteri Sarah

 

SELEPAS sekian lama mendiamkan diri, pelakon Ira Kazar tampil mempertahankan diri susulan dia dituduh memiliki akaun palsu yang digunakan untuk menganggu bekas madunya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, malah meminta isteri pelakon Azlan Komeng memeriksa telefon miliknya sekiranya terdapat akaun palsu seperti didakwa.

“Dekat mana aku buat akaun palsu? Cuba tengok telefon aku kak… Pantau sikit telefon aku kak,” katanya.

Ira berkongsi perkara itu semasa muncul dalam video siaran langsung isteri aktor berkenaan iaitu Nur Nilam Ortiz di TikTok.

Dalam siaran langsung itu, Nur Nilam memberitahu Ira hanya memiliki satu telefon sahaja bagi memastikan netizen tidak terus membuat sebarang tuduhan terhadap Ira.

“Aku tahu Sarah orang baik… Ira pun orang baik. Cuma nak buat macam mana.

“Aku pegang telefon dia, Ira ada satu telefon sahaja,” jelasnya.

Menerusi siaran langsung itu juga, Nur Nilam memberitahu Ira bertemu dengannya untuk belajar memasak Tomyam.

“Ira tengah tunggu Sol (Syamsul) dia keluar sekejap tadi. Sol datang ambil nanti, dia balik lah. Ira datang rumah aku pun nak belajar masak Tomyam,” ujarnya.

Kisah antara Syamsul dan Ira sentiasa menjadi perhatian ramai sejak pengarah itu mengumumkan sudah bernikah dengannya di Thailand pada 5 Januari lalu.

Nama Ira sebelum itu hangat diperkatakan susulan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan bekas isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Bagaimanapun kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.