“Crepe yang saya tahu ada buah-buahan, bukan seperti ini” – Dr. Rafidah tegur pembuatan crepe viral

“Crepe yang saya tahu ada buah-buahan, bukan seperti ini” – Dr. Rafidah tegur pembuatan crepe viral

 

Doktor Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah tampil memberi teguran terhadap pembuatan manisan iaitu crepe yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan.

Mengundang penyakit kronik

crepe dr rafidah

Menerusi ciapannya di platform X, Dr Rafidah berkata manisan tersebut sepatutnya menggunakan bahan-bahan makanan yang sihat seperti buah-buahan.

Namun penghasilan crepe yang mengandungi gula dan krim semata-mata boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan.

Crepe yang saya tahu ada buah-buahan. Bukan seperti ini, macam mengundang kencing manis dan penyakit kronik sahaja.

Netizen setuju

crepe dr rafidah

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Dr Rafidah malah mereka juga menzahirkan kebimbangan dengan gaya hidup masyarakat Malaysia yang gemar makanan manis.