Selepas gagal dapat tawaran berlakon, hero idaman Malaya ini pilih kerjaya baru demi kelangsungan hidup

Selepas gagal dapat tawaran berlakon, hero idaman Malaya ini pilih kerjaya baru demi kelangsungan hidup

Hidup sebagai artis seni di negara ini sememangnya tidak menentu. Sementelah ekenomi negara baru melepasi fasa genting pasca Covid-19 ketika ini.

Bukan sedikit yang mengeluh terjejas dengan situasi ini. Semakin ramai yang mulai beralih mencari pekerjaan yang lebih menjamin kehidupan, tambahan yang telah oun berkeluarga.

Begitulah yang berlaku terhadap hero idaman Malaya satu ketika dahulu. Susulan tiada tawaran berlakon sejak awal tahun ini, pelakon Raja Afiq memberitahu dia kini sudah mempunyai pekerjaan sebagai pekerja am di sebuah syarikat perbankan.

Memetik perkongsian portal Mstar, Afiq atau Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 29, berkata, dia tidak malu dengan pekerjaannya itu dan sanggup mengenepikan statusnya sebagai pelakon demi mencari nafkah buat keluarganya.

“Masa saya muat naik gambar dan minta tawaran berlakon ramai cakap carilah kerja dan sebenarnya sudah pelbagai pekerjaan saya buat.

“Saya tak harap tawaran berlakon semata-mata, saya berniaga dan sekarang sudah ada kerja tetap di sebuah bank.

“Hidup ini perlu diteruskan sebab kalau tidak ada pendapatan pun susah juga sebenarnya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Afiq berkata, dia turunkan ego demi mencari rezeki buat keluarga walaupun pada awalnya ada perasaan segan untuk bekerja tetap.