Netizen kagum ular tedung terus tunduk bila diberi salam dan dibacakan doa Nabi Sulaiman

Netizen kagum ular tedung terus tunduk bila diberi salam dan dibacakan doa Nabi Sulaiman

Sering kita dengar, haiwan juga mempunyai kebolehan memahami dan berkomunikasi dengan manusia.

Situasi ini turut dibuktikan menerusi sebuah video tular di TikTok yang memaparkan seorang lelaki cuba menangkap ular berbisa yang berada di dalam rumah.

Dalam video yang dimuat naik oleh @mohdamirfaizal, ular tedung yang pada awalnya agak agresif secara tiba-tiba ‘menunduk’ selepas diberi salam dan dibacakan doa Nabi Sulaiman seolah-olah mendengar kata.

 

Dalam kejadian dipercayai berlaku di Sungai Petani, Kedah, ular tedung itu dilihat cuba mencari jalan keluar selepas dikepung di sudut dinding.

“Okay ini ular kedua yang saya ambil pada minggu ini. Yang ini besar ibu jari saya sikit saja, tapi kalau kena patuk pun dah cukup padah.

“Ini ular tedung O atau nama saintifiknya adalah naja kaouthia. Keluarga ini bernasib baik kerana anak mereka nampak ular sedang menjalar masuk ke bawah sofa,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia sering membahasakan diri sebagai abah dan haiwan yang ditangkap dinamakan adik.

“Ada juga yang tak dengar cakap.. Boleh tengok video terbaru.. InsyaAllah kalau nak tangkap ular kena tenang dan lagi satu kena ada ilmu dan keberanian,” katanya lagi.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai, rata-ratanya tidak menyangka dan kagum dengan cara dilakukan menjadi iaitu membacakan doa Nabi Sulaiman.

Ada juga yang mengatakan perkara ini sememangnya menjadi jika dibaca dengan betul dan sering mengamalkan ketika di dalam rumah agar tidak mempunyai haiwan berbisa atau perkara yang tidak diingini terjadi.

Screenshot 2023 10 03 160736

Screenshot 2023 10 03 160754

Lepas ni boleh amalkan doa Nabi Sulaiman bila berdepan situasi mencemaskan seperti ini.