Sengaja tayang payudara melimpah, cara ‘marketing’ wanita ini buat ramai hilang fokus
Zaman sekarang, ramai peniaga menggunakan pelbagai strategi dan kaedah pemasaran semata-mata mahu melariskan jualan mereka.
Seorang wanita tempatan meraih perhatian kerana kejelitaannya, senyuman yang manis dan bergaya ketika melakukan promosi.
Namun, gaya dan penampilannya menerusi satu video tular ketika mempromosikan kereta terpakai mengelirukan orang ramai dan mengundang kecaman netizen.
Mana tidaknya, penasihat jualan itu melakukan promosi dengan memakai baju yang mencolok mata sehingga nampak sebahagian payudaranya.
“Abang, abang, pernah dengar tak kereta sambung bayar? Abang mesti takut kena scam kan, ataupun takut tak dapat kereta kan?
“Jangan risau sebab kami dah beroperasi lebih 10 tahun, dah lebih 400 buah kereta terjual.
“Selalu kalau kita dengar sambung bayar kereta, mereka akan deal di kedai mamak, kedai kopi kan. Tapi ini tak, kami ada ofis sendiri,” katanya dalam video promosi berdurasi 34 saat itu.
Wanita itu kemudian menunjukkan sejumlah fail di atas meja, dipercayai rekod pembelian para pelanggannya bagi menunjukkan kereta-kereta yang dijual laris dan syarikatnya mendapat kepercayaan.
“Jadi kalau abang-abang tengok dekat sini berapa ramai pelanggan yang beli dengan saya. Apa lagi nak tunggu, nak cari kereta, cari saya,” ujarnya lagi.
Hasil semakan mendapati kebanyakan kenderaan yang dijual di pusat jualan di Kuala Lumpur itu adalah kereta mewah, namun model mampu milik turut ditawarkan untuk orang ramai.
Rata-rata netizen bukan sahaja terkejut dengan strategi pemasaran wanita berkenaan yang dianggap sebagai tidak moral, malah ia turut dilihat seperti ‘menjual diri’.
“Macam kurang sesuai pakaiannya tu.
“Jual kereta ke jual maruah? Tak tahu malu.
“Aku tak boleh faham sebab tak boleh nak fokus penerangan dia ni.
“Apa punya orang tak ada adab? Apa punya jurujual wanita?
“Sampai ‘melimpah’ untuk apa ek? Jual kereta ke jual payudara? Aduhai,” demikian antara komen netizen.
Lebih mengejutkan, video jurujual wanita yang menayangkan sebahagian payudara itu meraih hampir 4,000 tanda suka (like).
https://x.com/farhanzahari/status/1706334946259026249?s=20