Suami terkilan isteri hanya masak taugeh setiap hari, rupanya dia bagi RM120 je modal sebulan

Suami terkilan isteri hanya masak taugeh setiap hari, rupanya dia bagi RM120 je modal sebulan

 

Dimana negara sekalipun RM120 sebulan bukanlah modal yang besar untuk membeli bahan basah, tapi bagi kurang berkemampuan ia adalah jumlah banyak.

Hanya beri belanja bulanan sebanyak 400,000 rupiah (RM120) kepada isteri, seorang suami di Indonesia mengadu isterinya hanya masak taugeh sebagai lauk.

Lelaki tersebut juga menyatakan bahawa belanja bulanan tersebut dilihat mencukupi untuk membeli barangan dapur.

Menurut Suara.com, isterinya menyajikan hidangan taugeh hampir setiap hari hingga menyebabkan si suami membuat luahan hati di TikTok.

Luahan hati tersebut dimuat naik pengguna akaun TikTok, @MeisyaJasmyn.id pada hujung bulan Julai.

“Inilah masalah isteri saya. Sebulan saya beri 400,000 rupiah (RM120) untuk belanja makan dengan larangan untuk tidak membeli bedak dan alat solek,” katanya.

Tambah lelaki tersebut, dia mengasingkan wang itu untuk isterinya membeli sayur-sayuran dan lauk manakala gas dan berasa dibelinya.

“Masalahnya, isteri saya hanya masak hidangan taugeh bulan ini. Apabila ditegur, saya dimarah kerana wang tidak cukup untuk membeli daging.

“Ibu meminta saya bercerai tetapi susah kerana duit mas kahwin dan kos kenduri yang digunakan cukup banyak,” jelasnya.

Harga barang kini bukanlah seperti dahulu, dengan RM120 mungkin dapat beli sedikit barang sahaja, tidak mungkin cukup untuk sebulan.

Seorang pengguna media sosial menasihati isteri tersebut hanya membeli garam, biar si suami makan nasi berlaukan garam sahaja.

“Buat apa masak taugeh, padahal 400,000 rupiah itu cukup beli garam. Makan sahaja garam tanpa nasi, tahan sebulan,” komen pengguna media sosial.