Taman tema Everland di Korea guna video ‘Gwenchana’ Imran Bard di akaun TikTok

Taman tema Everland di Korea guna video ‘Gwenchana’ Imran Bard di akaun TikTok

Pempengaruh TikTok terkenal, Imran Bard yang makin popular selepas video “Gwenchana” mendapat perhatian pelakon-pelakon K-Drama. Pelakon Lee Yi Kyung antara yang terawal stich video itu di laman Tiktok miliknya.

Terbaru, taman tema popular di Korea, Everland Resort juga turut menggunakan video Gwenchana Imran Bard sebagai bahan promosi mereka. Dalam kiriman yang dimuatnaik 3 hari lalu mendapat perhatian warganet Malaysia.

“Imran bard world domination,” kata pengguna Tiktok Frhana

“Silap-silap running man jemput dia pulak, lepas rindu diorang kat kwangsoo,” kata Farah di ruang komen.

@everland_official

티익스 못타는 친구 태그 ㄱㄱ #괜찮아 #괜찮아요 #에버랜드 #티익스프레스 #놀이기구 #추천 #everland #attraction #rollercoaster #fyp #trend #viral #Meme #CapCut

♬ original sound – ONNIE – ONNIE

Video di Everland Official itu telah mendapat lebih satu juta tontonan, lebih 100,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen. Manakala, video original dari Imran Bard pula telah mendapat lebih 50 juta tontonan setakat ini.

@imeringue2

♬ Melody of Memories – Duta Arranger Korea

Gwenchana bermaksud it’s okay atau dalam bahasa malaysia bermaksud “Saya Okaylah..”. Imran Bard salah seorang pempengaruh Tiktok yang memiliki 2.2 juta pengikut di platform itu. Beliau sering mencipta kandungan berunsur K-Drama dan kandungan-kandungan hiburan yang lain.