Petua nak bagi cili api kekal segar sampai berbulan-bulan, tak perlu guna alas tisu atau letak bawang putih
Suri rumah pasti bingung bagaimana mahu mengekalkan kesegaran sayur-sayuran di dalam peti terutama cili api. Silap penyimpanan, memang lembik berair jadinya.
Ada yang mengamalkan petua alas dengan tisu dan letak bawang putih sebelum simpan dalam bekas. Petua iti ternyata menjadi, berminggu-minggu boleh tahan.
Tetapi tahukah anda, ada satu lagi petua yang boleh memastikan stok cili kita bertahan berbulan-bulan. Malah sampai lapan bulan pun elok lagi. Rare sangat petua ini.
Caranya adalah simpan cili di dalam botol air berbanding menggunakan Tupperware atau bekan makanan.
Kaedah ini dipraktikkan oleh seorang pengguna Facebook, Puan Haslinda yang diakuinya memang tahan lama. Kami kongsikan petua darinya;
Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar.
Selain cili besar, cara ini juga boleh digunakan untuk simpan cili api. Ini langkah yang perlu dilakukan untuk simpan cili;
1. Basuh dan tos cili supaya kering.
2. Sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.
3. Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.
4. Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.
Selain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral.
Semoga bermanfaat