Pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’, Sabri Yunus dan Angeline Tan sah bergelar suami isteri

Pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’, Sabri Yunus dan Angeline Tan sah bergelar suami isteri

 

Pelakon drama sitcom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu.

Lucy & Wan Ismail Golok

sabri yunus kahwin

Perkahwinan antara dua pelakon tersebut dikongsikan oleh pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham menerusi hantarannya di Instagram (IG).

Selamat pengantin baru abang Sabri Yunus dan kakak Ardini/Angeline Tan.

Alhamdulillah, kami sangat gembira. Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pi mai pi mai tang tu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet mengucapkan tahniah selain menzahirkan rasa syukur kepada kedua mempelai.

Untuk info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.