Rupanya ini cara mudah simpan taugeh supaya tahan berminggu, tak cepat hitam & kekal rangup
“Macam mana cara simpan taugeh ni, cepatnya buruk..”
Situasi di atas pasti selalu berlaku kan? Baru beberapa hari beli taugeh tetapi sudah hitam dan tidak dapat digunakan lagi.
Jangan risau, ada beberapa cara simpan taugeh yang boleh dicuba dan tahan berminggu-minggu.
Jadi, kalau ada taugeh di rumah, boleh cuba cara seperti di bawah. Tak payah susah-susah nak keluar ke kedai untuk membeli taugeh baru. Jom cuba!
Cara simpan taugeh tahan lebih lama, mudah je
1. Rendam dalam air bersama potongan limau kasturi. Letakkan di dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais.
2. Simpan dalam peti ais dan letak dalam plastik. Pastikan kering dan tak basah.
3. Rendam di dalam air berisi asam keping. Boleh tahan berminggu-minggu.
4. Boleh simpan tauge dalam plastik ais krim dan biarkan beku. Bila nak guna boleh terus keluarkan.
5. Cara simpan taugeh yang seterusnya adalah buang ekor dan simpan dalam bekas tertutup.
6. Simpan dalam bekas berisi air dan pastikan tukar air 2 hingga 3 hari.
7. Campurkan sedikit garam di dalam bekas berisi air.
8. Bungkus taugeh menggunakan surat khabar dan letak di dalam peti ais. Boleh tahan berminggu lama.
9. Isikan air di dalam bekas, campurkan sedikit garam dan asam keping. Simpan di bahagian chiller.
Mudah kan? Tiada lagi masalah taugeh cepat buruk dan layu.
Selamat mencuba!