Resepi sambal gesek goreng simple tapi rasanya sangat padu!
Sambal gesek merupakan antara jenis sambal yang menjadi kegemaran ramai.
Mempunyai rasa pedas yang enak, sambal gesek yang berasal dari negara jiran ini ternyata sangat mudah untuk dibuat di rumah.
Namun, untuk anda yang alergik terhadap belacan, jangan risau kerana ada resepi sambal gesek tanpa perlu menggunakan belacan.
Resepi sambal gesek goreng tanpa belacan
Untuk yang alergik belacan tapi teringin nak makan sambal boleh la cuba. Sedap tau! Makan dengan nasi goreng pun ngam.
Bahan Perlu Digoreng:
– 2-3 biji bawang besar dipotong empat
– 5 ulas bawang putih
– 5 biji lada merah (lada besar) potong dua
– 10 biji cili padi merah atau ikut pedas disukai
* Semua bahan diatas digoreng sekejap hingga layudan hampir perang
-3 sudu besar ikan bilis digoreng garing
-2 sudu besar ikan bilis dicuci dan tumbuk lumat atau 80% hancur
-Garam,gula,secukup rasa dan sedikit perahan air limau nipis
Cara-caranya:
1.Dalam pengisar, masukkan bahan goreng , bilis goreng, gula, serbuk perasa, sedikit garam jangan banyak sebab bilis dah masin
Kisar semua ini mengikut tahap lumat yang disukai.
2.Tuang bahan telah siap dikisar dalam bekas masukkan bilis yang telah ditumbuk dan sedikit perahan limau nipis. Kacau sebati. Siap.
*Selamat mencuba!