“Views dah 309 acik” – Bengang gambar dimuat naik tanpa izin, pelajar tingkatan lima lempang rakan sekelas

“Views dah 309 acik” – Bengang gambar dimuat naik tanpa izin, pelajar tingkatan lima lempang rakan sekelas

 

Semalam menerusi perkongsian wanita bernama, Puan Waheeda, dia mendedahkan anak perempuannya, Nana tiba-tiba dilempang sebanyak 5 kali oleh seorang rakan Tingkatan 5 di sekolah.

Kejadian itu berlaku dalam sebuah kelas yang turut disaksikan oleh beberapa pelajar lain.

Kau diam, kau jangan masuk campur eh

Dalam video berdurasi 57 saat yang tular, pelajar perempuan terbabit menjadi marah dipercayai akibat gambar wajahnya dimuat naik tanpa izin ke laman TikTok anak Puan Waheeda.

Sebelum video itu sampai ke penghujung, dia sempat melempang pipi Nana untuk kali ke-5.

Walaupun pelajar lain sudah cuba menasihati agar si pelaku tidak melibatkan kekasaran fizikal, mereka malah dimarahi semula.

 

Apa saya buat kat dia sampai dia nak post muka saya? Views dah 309 Acik

Puan Waheeda kemudiannya bertindak memanggil pelajar perempuan itu untuk bersemuka dan membincangkan lanjut tentang pertengkaran terbabit.

Hubungannya dengan Nana memang tidak begitu rapat, justeru dia tidak berpuas hati mengapa gambarnya dikongsikan ke laman TikTok sesuka hati.

Walau bagaimanapun, dia akui khilaf tindakan melempang Nana adalah melampaui batas selain meminta maaf kepada Puan Waheeda.

Saya tak pernah buat hal lagi…Sumpah demi Allah, mak saya pun tahu saya tak pernah buat hal

Menurut Puan Waheeda lagi, guru di sekolah mendedahkan pelajar terbabit memang sudah banyak kali melakukan masalah sebegitu.

Namun dia berani bersumpah dan membuat penafian bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.

Dalam perancangan melaporkan hal ini kepada polis, namun Puan Waheeda meminta untuk berjumpa dahulu dengan ibu bapa pelajar tersebut.