Bayaran Awal Persekolahan RM150 kepada ibubapa dibayar pada Januari 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dalam Pengumuman Belanjawan 2024 seperti yang dilaporkan oleh media.
Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP.
Bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid.
Bantuan BAP akan disalurkan bermula bulan Januari 2024 melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.
KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.
Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.