Resepi ayam golek sedap & ‘seksi’ berkilat
Siapa penggemar ayam golek? Adakah anda selalu keluar membeli ayam golek untuk dimakan? Mesti kadang-kadang rasa serba salah nak beli, sebabnya anda teringin, tapi anda juga nak jimatkan duit.
Jadi, daripada anda berbelah bahagi sama ada nak beli atau tak ayam golek di kedai, baik anda buat sendiri. Betul tak? Jimat juga dan anda boleh rasa ayam golek air tangan sendiri. Mana tahu, lagi sedap daripada di kedai.
Nak tahu resipi dia tak? Haa, mari kita belajar cara-cara memasak Ayam Golek ‘Seksi’ dari Puan Nurul Aini.
Bahan-Bahan Diperlukan
Bahan yang penting, sudah tentulah ayam. Terpulang kepada anda sekiranya anda mahu gunakan seekor ayam atau anda mahu potong empat. Kalau nak nampak lebih menarik, boleh guna seekor ayam terus.
Kedua, sebiji bawang besar, empat ulas bawang putih dan satu inci halia. Ketiga, satu kiub ayam Knorr, dua sudu serbuk lada hitam dan satu senduk kecil sos lada hitam.
Kemudian, satu suduh teh garam, satu sudu besar gula dan juga 100ml air.
Untuk bahan-bahan ini, kita perlu kisarkan semuanya sekali.
Selepas itu, kita perlukan satu sudu madu, tiga sudu mentega dan dua sudu besar herba campuran atau oregano.
Cara-Cara Masak
Caranya mudah, anda hanya perlu memerap ayam dengan bahan-bahan yang disediakan selama satu jam ataupun lebih. Kemudiannya, bakarkan ayam dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah Celcius selama satu jam.
Dah ada resipi ini, anda bolehlah cubanya sendiri di rumah. Lepas ni, tak perlu lagi nak keluar ke kedai makan, atau kedai-kedai tepi jalan untuk beli ayam golek. Anda dah boleh buat sendiri.
Masak sendiri lagi puas hati, kan? Anda juga dapat jimatkan duit anda. Boleh juga anda menambah ilmu dengan mencuba resipi baru.
Kebiasaannya, kita mesti akan masak sesuatu yang kita tahu sahaja. Jadi, kali ini, kita cuba pula resipi baru untuk disajikan kepada keluarga. Nak masak untuk diri sendiri saja pon boleh.
Selamat mencuba!