Beto Kusyairy kemalangan

Beto Kusyairy kemalangan

Pelakon terkenal tanah air, Beto Kusyairy dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan sewaktu menyertai satu konvoi motosikal anjuran Wing Motor Gang Society.

Berita tersebut dikongsikan oleh rakan artis, Lando Zawawi di dalam satu hantaran FBnya hari ini.

Beto diketahui gemar melakukan aktiviti konvoi motosikal berkuasa besar sebelum ini.

Namanya memuncak selepas wataknya di dalam filem pecah panggung Kat Kilau.