Resepi Tanghulu viral gerenti sedap, rangup krup krap

Resepi Tanghulu viral gerenti sedap, rangup krup krap

 

Bila scroll media sosial, mesti semua tengah mencuba untuk membuat tanghulu.

Cara buat tanghulu kena ada teknik yang betul, kalau tak menjadi mesti gagal dan kecewa.

Jadi, kalau nak buat tanghulu macam dekat Korea, kena ikut resepi perkongsian Inah Sakinah di bawah.

Confirm bunyi rangup krup, krap!

CARA BUAT TANGHULU RANGUP, KRUP KRAP BUNYI DIA

Alhamdulillah sekali buat je tanghulu terus menjadi. Ikut cara ini confitm rangup tak lekat gigi.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • Ais
  • Air sejuk
  • Buah-buahan (strawberry,orange & grape)

Cara penyediaan:

1. Basuh buah sehingga bersih dan biarkan kering. Bila dah kering, cucuk buah di lidi mengikut cita rasa anda.

2. Kemudian, masukkan 2 cawan gula dan 1 cawan air. Buka api perlahan.

3. Biarkan sehingga mendidih dan gula cair secukupnya. Jangan sesekali kacau kerana boleh menyebabkan tanghulu anda tidak menjadi.

4. Sementara menunggu gula cair, sediakan satu bekas air berisi ais. Ini bertujuan untuk mengeraskan gula.

5. Apabila gula sudah mula tukar berwarna perang,terus tutup api.

6. Ambil buah yang sudah dicucuk lidi dan salutkan ia dengan gula tersebut.

7. Segera masukkan ke dalam bekas berisi ais untuk mengeraskan gula.

8. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

*Hidangan agak tidak sihat kerana kandungan gula yang agak tinggi, jadi disyorkan untuk tidak amalkan selalu ya.

Selamat mencuba!