Peniaga bengang pelanggan mengadu makanan tak sedap, rasa masam tapi makan sampai habis

Peniaga bengang pelanggan mengadu makanan tak sedap, rasa masam tapi makan sampai habis

 

Seorang peniaga meluahkan rasa kecewa apabila pelanggan mengadu tentang masakannya.

Menerusi hantaran Penang Kini di Facebook baru-baru ini, peniaga tersebut menerima maklum balas bahawa makanan yang diberikan kepada pelanggan terasa masam.

“Pelanggan datang makan chicken buttermilk dan kata masam. Kami pun cubalah rasa sendiri masakan itu. Cuba tengok dalam gambar, kalau masam kenapa makan sampai habis?

“Pelanggan datang mengadu dekat kaunter dan saya terus pulangkan RM10 walaupun harga sepinggan nasi RM9.90. Tidak apa, sekupang itu saya sedekahkan saja.

“Pelanggan sebelum ini datang makan tak ada nak mengadu pun. Lain kali kalau masam, pulangkan saja makanan itu,” luahnya.

Sementara itu, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan beberapa pengguna menyifatkan pelanggan itu sengaja berbuat demikian untuk makan makanan percuma.

“Ujian kepada peniaga, halalkan sahaja nanti Allah beri yang lebih baik,” komen Khazami Ramli.

“Berniaga ini mengajar kita untuk lebih banyak bersabar. Semoga Allah melipatgandakan lagi rezeki awak selepas ini,” tambah Laily Dun.

“Rasanya hati dia yang masam. Nak makan percuma sahaja. Kalau dari suapan pertama sudah rasa masam, kenapa tak bagitahu terus? Semoga niat sedekah ini akan menambah lagi rezeki,” ujar Noraini Ismail.