Janda anak tiga, bekas suami seorang ustaz

Janda anak tiga, bekas suami seorang ustaz

 

Assalamualaikum. Saya janda anak 3. Bekas suami seorang ustaz yang baik di hadapan orang, namun dengan saya berkira dan selalu menyakiti hati dengan kata2.

Beberapa hari ini lalu di tiktok cerita tentang Aisyah H. Saya tak pernah kenal mereka, dan baru saja dengar cerita2 mereka.

Saya ingat saya juga akan rasa marah2 kerana perempuan mana yang tidak sakit melihat kisah mereka, tapi alhamdulillah saya mampu bertenang, mungkin kerana saya tiada suami.

Atau mungkin kerana saya tahu ujian Allah itu pelbagai dan aisyah pasti mampu menghadapinya.

Sejak berpisah 2 tahun lalu, hati saya tenang setenangnya. Hanya menghabiskan masa dengan anak2 mengikut cara saya.

Tiada rasa sakit hati pada suami, tiada rasa risau akan kecurangan atau apa2 yang menyedihkan berbanding sewaktu bersuami. Emosi tidak terganggu dengan mainan perasaan.

Cerita saya, juga orang ketiga. Namun bukan orang luar tapi ibu mertua sendiri. Dan saya memang cinta sepenuh hati pada bekas suami.

Sejak remaja tidak pernah berikan hati pada sesiapa kerana kononnya mahu menjaga diri untuk suami semata2.

Perkahwinan bertahan hanya 8 tahun. Memang banyak pertelingkahan dan saya betul2 hilang diri sendiri. Cuma seorang suri rumah walaupun berkelulusan degree. Kononnya mahu berbakti sepenuh hati pada suami.

Tidak sangka saya diletakkan di tahap terendah dalam hidup saya oleh seorang lelaki bergelar suami. Tidak dihargai dan disakiti dengan kata2. Emosi saya terluka teruk.

Maka saya mohon kepada Allah berikan saya jalan keluar dari kemelut itu. Tidak guna bersuami tetapi hidup tidak bahagia, tidak tenang.

Segala masalah rumahtangga diceritakan pada ibunya. Sakit emosi sangatlah sakit apabila dikhianati orang yang paling kita cintai.

Setahun kemudian saya mula bekerja. Dan setahun kemudian beliau menceraikan saya dengan alasan tiada persefahaman sedangkan saya tahu ibunya yang meminta semua itu.

Saya terbaca mesej2 ibunya yang menghina saya dan keluarga saya. Dia seboleh mungkin menyembunyikan dari saya namun itulah, kuasa tuhan lebih hebat.

Maka kami berpisah dengan baik di mahkamah walaupun saya tak mampu nak terima orang yang paling saya cintai telah pilih untuk meninggalkan saya.

Sakitnya memang terlalu dalam. Beliau satu2 nya lelaki yang saya serahkan jiwa dan raga saya, namun ini balasannya.

Namun, saya percaya Allah yang aturkan semua ini.

Saya percaya Allah menguji kita dengan perkara yang paling kita sayang, untuk melihat setakat mana kesabaran kita dalam menerima takdir Allah. Allah mahu mengangkat darjat kita dengan sabar.

Setelah dua tahun hati saya semakin tenang. Alhamdulillah saya redha dan saya terima. Dan masih yakin bahawa Allah sedang aturkan yang terbaik untuk diri saya dan anak2.

Percayalah, ketenangan akan muncul jika kita redha dan terima apa saja yang Allah berikan. Dan sentiasa bersangka baik dan berusaha mendekatinya dalam apa jua keadaan.

Banyak situasi sukar yang saya hadapi dalam membesarkan anak2 sendirian namun setiap masalah yang saya hadapi, pasti Allah berikan jalan penyelesaian.

Itulah hebatnya Allah, jika kita serahkan hidup kita hanya padanya.

Kepada Aisyah Hijanah dan semua yang sedang diuji, sesungguhnya Allah itu dekat. Berserahlah sepenuhnya, hidup dan mati hanya kerana Allah. Itulah cinta yang paling agung.

– Asiyah (Bukan nama sebenar) via IIUMC