Tagih simpati UMNO, Bersatu giat rancang usaha akhir pertahan jawatan Pengerusi PN yang diintai Pas
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah tampil membuat gesaan terhadap Umno supaya menilai kembali perjuangannya bersama-sama DAP di dalam kerajaan perpaduan ketika ini.
Ini selepas kenyataan tegas PAS meminta lebih peranan di dalam gabungan pembangkang ketika ini menerusi kenyataan dibuat Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hasan sewaktu berucap meraikan kemenangan calonnya dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kemaman kelmarin.
“Ini bukan isu rasis, rata-rata orang Melayu dan bumiputera risau apabila gabungan politik yang memerintah itu melibatkan sesuatu parti yang ‘berhaluan kiri’.
“Ini mesej yang disampaikan pengundi di Kemaman dan sebelum ini di Kuala Terengganu, orang Melayu tidak mahu Umno bersekongkol dengan DAP.
“Oleh yang demikian saya harap ahli Umno, pemimpin Umno berfikir dengan lebih mendalam… menilai semula kerjasama mereka dalam PH,” katanya lagi.
mendakwa usaha PN untuk ke Putrajaya sebagai mewakili hasrat rakyat.
Dia juga mendakwa ramai rakyat sentiasa bertanya bila pertukaran kerajaan akan berlaku.
“Soal ke Putrajaya itu memang menjadi hasrat oleh rakyat… dulu ketika berlaku pertukaran kerajaan, ia berlaku secara ‘senyap-senyap’ tapi hari ini kita pergi ke mana-mana, rakyat bertanya ‘bila lagi? bila lagi?’
“Pada saya, keputusan pilihan raya kecil (PRK) Kemaman itu adalah salah satu suntikan yang penting dalam proses menuju ke Putrajaya,” katanya dalam sidang media di Kuantan, hari ini.
Malaysiakini hari ini melaporkan ahli parlimen Indera Mahkota berkata demikian ketika ditanya mengenai isi kandungan ucapan ahli parlimen Kemaman, Ahmad Samsuri Mokhtar selepas diumum memenangi kerusi berkenaan malam tadi.
Menteri besar Terengganu itu dilaporkan berkata, kemenangan PAS dengan majoriti besar semalam merupakan ‘game changer’ kepada PN menuju ke Putrajaya.
PAS berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi parlimen Kemaman dengan majoriti lebih besar apabila Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS menang.
Semalam Ahmad Samsuri mengatasi pencabarnya dengan majoriti 37,220 undi berbanding 27,179 undi oleh pemenang sebelum ini, Che Alias Hamid.
Dalam pada itu, Naib Presiden Umno yang juga Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui di Semambu, dekat Kuantan pagi tadi memberitahu, Umno akur dengan keputusan dibuat rakyat Kemaman.
“Kerajaan negeri mengucap tahniah kepada PAS… rakyat dah buat keputusan dan kita akurlah,” katanya ringkas.