Wanita ini kongsi resepi sardin homemade masak sendiri, guna ikan selayang, lebih jimat dan puas dimakan

Wanita ini kongsi resepi sardin homemade masak sendiri, guna ikan selayang, lebih jimat dan puas dimakan

 

Kalau dahulu kalau nak berjimat kita memilih untuk makan sardin kerana harganya yang murah namun pada masa sekarang satu tin sardin bersamaan dengan harga sekilo ayam!

Pernah tak anda terfikir untuk buat sendiri resepi sardin secara homemade sahaja seperti yang dijual dalam tin tu?

Sebenarnya tak susah kalau nak buat sendiri. Selain kosnya yang lebih rendah, anda juga boleh buat sendiri stok sardin untuk hidangan ahli keluarga.

Apabila stok sardin dah tersedia, dengan hanya memanaskan lauk tersebut, pasti akan kekenyangan hingga ke malam. Hidangan tersebut bertambah lagi enak apabila dipadankan dengan telur dadar, semestinya membuka selera ketika lapar.

Seorang pengguna Facebook, Noradibas Ibrahim menerusi laman Masak Apa Hari Ni..(MAHN) berkongsi resepi sardin yang dibuat sendiri menggunakan ikan selayang yang dibeli sebanyak 3 kilogram berharga RM10 sahaja.

Bahan-bahan :

  • 2 kilogram ikan selayang
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar pedas. X nak pedas boleh skip.
  • 7 biji tomato masak ranum. Nak ganti guna tomato puree pun boleh. Guna 1 tin kecik. Klu nak guna dua2 pun boleh cuma kurangkan kuantiti tomato fresh.
  • ½ cawan sos cili
  • 2 sudu besar cuka
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa MSG.
  • Sedikit air

Cara penyediaan :

1. 2kg ikan selayang buang kepala, ekor dan sirip. Cuci bersih-bersih dan susun dalam pressure cooker.

2. Kisar bahan-bahan kecuali ikan dan tumis asing dgn sedikit minyak. Tambah semua bahan dan air. Jangan cair sangat sbb nanti ikan akan keluarkan air.

3. Curahkan sos yang masih panas tu ke atas ikan yg disusun tadi. Masak selama 90 minit.

4. Siap! Tulang ikan memang lembut macam sardin dalam tin dan rasanya lagi sedap. Nak makan terus pun boleh, nak tumis bawang dan masukkan kentang buat sambal sardin pun boleh atau masak apa2 pun boleh.

5. Sejukkan sardin betul-betul. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.

Yang penting rasanya lebih segar dan tak hanyir! Kos membuatnya pun murah. Selamat mencuba!