Cara tanam dan penjagaan pokok daun kesum yang ramai tak tahu
Mudah saja rupanya tanam pokok daun kesum atau nama saintifiknya ‘polygonum minus’ yang biasanya ada dalam kuah laksa dan masakan asam pedas.
Tumbuhan herba yang mengandungi antioksidan yang tinggi serta mempunyai aktiviti anti-mikrob, anti-keradangan, anti-kedutan dan meningkatkan daya ingatan ini ditanam dengan guna keratan batang:
Ikuti cara tanam pokok daun kesum seperti dikongsikan seorang pekebun wanita ini:
1. Beli seikat daun kesum di pasar dalam 50 sen sahaja. Ambil beberapa keratan batang. Buang daun dan tinggalkan satu atau dua daun sahaja.
2. Celupkan keratan batang kesum dalam sebotol air. Letak di tempat yang ada cahaya tetapi bukan yang terdedah secara langsung dengan cahaya matahari.
3. Selepas seminggu, keratan batang akan ada akar. Sedia untuk cucukkan dalam tanah yang dibeli dari ‘nursery’ dan campurkan dengan baja tahi ayam dan kompos. Biarkan seminggu.
Ini penjagaan pokok daun kesum:
1. Pastikan tanah selalu basah. Kalau ada pasu dengan takungan air lebih baik.
2. Kesum ini pokok yang berasaskan daun. Jadi, cari baja dengan nisbah N (nitrogen) pada NPK adalah tinggi. Boleh letak secubit dua baja tahi ayam sekali seminggu.
Untuk rekod, NPK itu ialah:
- N – nitrogen: baja untuk daun
- P – fosforus: baja untuk akar
- K – kalium (potassium): baja untuk buah/bunga.
Petua nak petik daun kesum, jangan ambil pada daun tetapi pangkas pada batang. Lama-kelamaan pokok daun kesum anda jadi lebih sihat dan merimbun.
@cozylady_malaysia Cara tanam kesum. Semua tips saya share dalam video ini. Link pasu, baja (organik tahi ayam), kompos dll, boleh tengok link pada profile saya atau bag kuning 😁
♬ original sound – Cozy Lady: Tips penyusuan – Cozy Lady: Tips penyusuan