“Dunia aku gelap, suami dah mula muak, dia listkan keburukan aku, Sari bini orang anak tiga, kami rapat tapi dia tikam belakang aku”

“Dunia aku gelap, suami dah mula muak, dia listkan keburukan aku, Sari bini orang anak tiga, kami rapat tapi dia tikam belakang aku”

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tergerak hati nak buat luahan di sini.

Aku dah berkahwin baru je 3 tahun. Perkenalan yang singkat bersama suami. Rasanya baru beberapa hari kenal, suami dah ajak kahwin.

Tapi bukan lah masa tu jugak kahwin. Huhu. Kami berkahwin waktu PKP. Jadinya takde apa yang best pun masa tu. Cuma yelah dah kahwin.

Awalnya kami satu tempat kerja. Rezeki kahwin, aku di naikkan pangkat. Jadinya aku bekerja under company lain.

Awal perkahwinan, alhamdulillah rezeki mencurah curah. Selalu dapat pergi holiday, kerap balik kampung, makan pun takde nak catu catu.

Waktu tu kami suami isteri duduk rumah mak aku. Jadinya banyak lah juga jimat dekat situ.

Aku dengan laki aku ni memang almost berkepit. Kadang pergi kedai runcit ke, isi minyak kereta ke, memang berdua.

Semuanya berubah bila kami berpindah ke rumah sendiri.

Bila dah pindah rumah sendiri, kami jadi zero communication.

Aku jenis memang dari bujang suka bawa bekal. Jadinya sebelum subuh bangun buatkan bekal.

Masa awal pindah, memang pagi lauk lain, balik keje pun lauk lain. Penat dia takyah cakap.

Tapi aku happy masa tu sebab bila suami puji, happy lah. Yang buat aku tak happy masa tu, semua kerja rumah aku buat.

Mungkin bila badan penat, tengok rumah bersepah aku jadi emosi.

Lagi aku emosi bila laki aku balik keje terus main phone, takpun tido. Aku balik keje bertukang dekat dapur.

Masa tu stress. So bila stress, aku kerap sendirian dalam bilik. Aku dah tak mesra dengan laki aku.

Laki aku pun asyik hadap phone je. Sampai lah ada sekali tu aku perasan laki aku kerap ws dengan sorang kawan perempuan dia.

Nama dia Sari. Kawan tu aku kenal. Kawan tu satu company dengan dia. Rapat jugak dengan aku.

Aku pernah lah tegur laki aku jangan rapat sangat dengan pompuan tu.

Yela bini mana tak jeles kan.

Masa tu laki aku cam tak nak lah aku pikir lain. So dia pun stop lah contact pompuan tu. Aku ni pun percayalah. Huhu.

Selang dua tiga bulan kot, tiba tiba laki aku start buat hal.

Yang selalu keluar berkepit dengan aku ni, asyik nak keluar sorang. Sampaikan yang selalu amek aku balik keje tak pernah lambat.

Kalini aku sampai terlelap dekat lobi tunggu dia 30 – 40 minit. Masa tu aku pikir dia banyak keje. So tunggu je lah kan.

Pada masa sama juga. Tiba tiba suami aku minta izin nak pergi hangout dengan kengkawan. Without aku.

Yang dulunya pergi kemana mana dengan aku. Sekarang lebih nak keluar sorang. Masa tu aku dah sedih dah.

Yela, aku dibiarkan sorang sorang. Dia sibuk nak keluar dengan kawan kawan.

Okay before tu aku bagitahu korang semua, aku ni memang takde kawan. Ada lah kawan rapat. Tapi semua dok jauh.

Pastu sebab masa awal kahwin laki aku jenis tak bagi slalu sangat jumpa kawan so aku pun akurr, dengar cakap suami huhu.

Start laki aku mula nak hangout dengan kawan, jemput aku lambat. Aku dah mula insecure. Aku rasa macam aku ni di abaikan.

Kat rumah almost hadap phone. Kalau weekend spent time masa bersama pun cuma pergi beli barang dapur atau balik kampung je.

Ada sehari tu aku tanya dia. Kenapa dia macam tu. Dulu almost setiap masa dengan aku. Kenapa lately ni dia pilih nak sendirian.

Dia kata dia dah takde rasa dalam hubungan aku dan dia. Time tu gelap dunia aku.

Suami yang satu satu nya setiap masa dengan aku kata macam tu.

Aku tanya dia kenapa? Kenapa tiba tiba kata macam tu.

Dia kata dah lama dah dia rasa macam tu. Dan masa tu dia kata sebab aku dah tak macam dulu. Dah tak macam awal awal perkenalan dulu.

Sumpah sentap masa tu. Banyak juga dia kata pasal aku. Kira semuanya keburukan aku. Sedih tak terkata masa tu.

Aku minta maaf dekat dia. Aku cakap aku akan perbaiki semua keburukan aku.

Almost everyday aku nangis. Dan aku banyak meluahkan pada Sari.

Sari ni dah berkahwin. Ada 3 orang anak. Sari banyak bagi nasihat dekat aku. Sari ni aku anggap macam kawan baik aku.

Tapi aku silap. Dalam masa aku cuba untuk baiki keburukan aku, sikap dia makin teruk.

Aku makin makan hati. Yela balik rumah nak happy2, nak rehat2 kan diri, aku jadi insecure depan dia.

Aku jadi takut apa aku buat semua serba tak kena.

Sampai lah satu hari. Lepas solat maghrib, aku tergerak hati check phone dia. Andddd aku jumpa ws dia dan Sari bersayang sayangan.

Waktu tu dunia aku memang dah gelap segelapnya. Aku terkedu. Aku tak tahu nak kata apa.

Waktu kantoi tu, aku terus serang laki aku. Aku minta penjelasan dia masa tu.

Ye aku jijik sangat dengan laki aku. Dengan Sari pun aku serang. Tapi aku serang dalam ws.

Tak tergamak aku nak serang dia secara depan mengenangkan anak anak dia. Baiknye aku masih fikirkan dia.

Lepas kantoi, Sari berjanji takkan contact laki aku lagi.

Tapi laki tak boleh kehilangan Sari. Hari hari meratapi kehilangan dia.

Sampailah aku dapat berita yang aku mengandung anak sulung. Waktu dapat tahu tu, hati aku kosong.

Dulu masa awal kahwin memang tak sabar nak pregnant. Tapi sekarang dengan krisis2 ni, aku jadi tak tahu.

Sampaikan aku makin depressed. Hari hari aku menangis.

Aku kesiankan diri aku dan nasib anak aku nanti. Tapi aku cuba bangkit. Aku tak boleh sia sia kan rezeki ni.

Aku ajak suami bincang. Bincang soal masa depan. Dan suami aku janji dia nak berubah.

Tapi rezeki tu sekejap je aku dan suami merasa. Tak sampai 4 bulan aku keguguran.

Dan kehilangan baby ni bertambah lah aku kemurungan.

Sekarang Sari dah block aku dan suami aku. Dia kata dia malu dengan aku.

Yela. Aku baik sangat dekat dia. Tapi dia tikam belakang aku.

Laki aku pulak, aku nampak dia cuba nak berubah. Tapi tah lah. Aku macam dah penat.

Penat rasa insecure. Penat syakwasangka dengan laki aku dan Sari.

Apa laki aku buat semua aku akan fikir, mesti ada kena mengena dengan Sari.

Walaupun Sari dah block aku dan suami. Tah lah. Aku pun tak tahu.

Apa suami buat semua serba tak kena. Instict aku mengatakan mereka masih lagi contact. Cuma senyap senyap.

Tapi aku taknak tuduh tanpa bukti. Jadinya aku makin memendam rasa.

Sekarang aku banyak focus kan diri aku. Dekat rumah aku banyak diam. Bercakap bila perlu sahaja.

Cuma ada masa aku panic att4ck / anxiety.

Dan masa benda tu datang, aku memang non stop nangis.

Hari hari aku doa minta Allah permudahkan semuanya. Sayang memang lah sayang dekat suami.

Tapi aku tak tahu sama ada aku ikhlas atau tak. Aku maafkan Sari dan suami aku.

Tapi ada masa benda tu datang. And aku mula jadi insecure.

Aku tak minta lebih dari korang semua. Cuma aku minta doakan aku diberi kekuatan.

Reaksi Warganet

Nur Hela –
Lepas ni kena ubah semua.
Dulu tak reti marah, sekarang kena reti marah bila suami tak membantu.

Dulu pendam, sekarang kena muntahkan semua. Persetankan aje hati dia.

Selama ni hati awak ada ke dia jaga.

Maafkan ke tidak, biarlah masa yang menentukan. Saya doakan awak kuat.

Dee Ya –
Rasanya kalau awak tinggal kan suami, pasti hidup dia huru hara. Yelah semua keje rumah awak yang buat. Dia senang hati je goyang kaki.

Masa pun banyak untuk keluar sana sini sebab tak letih urus makan minum rumah, semua awk buat.

Apa kata awak ajar je suami. Stop buat semua benda untuk suami. Biar kain baju makan pakai semua suami buat sendiri. Padan muka dia.

Baru lah dia tak leh hensem, wangi2 sebab nanti dah takde pakaian kemas untuk dipakai.

Biar dia iron dan basuh pakaian sendiri. Awak tak perlu buat kan. Tak berdosa pun

Minako Megumi –
Wuuu sedap duk list keburukan isteri eh?

Oh, bosan dengan isteri? isteri dah tak macam dulu? Haa ye lah. Kau je lah yang betul.

Kau balik rumah main fon tido tu bukan keburukan? kau curang tu bukan keburukan?

Eh, wasap je lah si Sari tu puas puas. Wasap je takyah fikir prasaan bini sangat. Isteri tengah mengandung duk buat perangai macam budak 13 tahun.

Rasa apa wasap si sari tu? hati berbunga bunga? rasa bahagia? ha ha ha ha.

Esok lusa apa yang kau rasa kat bini kau, kononnnya takde rasa apa dah, bosan dah, kau akan rasa bosan jugak dekat Sari tu.

Tup tup, kifarah balik dekat kau. Si Sari tu rasa bosan dekat kau. Haa time tu kalau isteri kau sendiri dah tawar hati dengan kau. Kau takyah acah viictim pulak eh?

Azie Azem –
Asyik overthinking dan insecure ni boleh makan diri.

Cubalah cari hobi baru atau pergi jogging atau gym lepas balik kerja. Ajak suami sekali.

Takde kawan tak bermaksud kena duduk memerap dalam rumah. Belum ada anak dah stress lain macam.

Tinggal berdua rasanya tak banyak sangat benda nak buat dalam rumah. Rumah tak disepahkan anak.

Bagi bagi kerja. Suruh suami buang sampah, basuh baju dan sidai baju.

Kurangkan lah memasak kalau tu buat awak kena kemas rumah banyak kali.

Masak satu lauk je setiap hari. Malam makan salad je dik.

Masing masing keje kan. Hujung minggu ajak suami kemas rumah sama sama. Suruh dia mop dan sental bilik air.

Duduk berdua kalau setiap hari basuh bilik air takdelah kotor mana.

Jangan sedih sedih, diri sendiri yang rugi…

Sumber – Ariana (Bukan nama sebenar) via IIUMC