Mydin Manjoi terbakar: PMX beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga yang terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, Perak pada Mac lepas.
Menerusi hantaran di media sosialnya pada Rabu, beliau berkata, sumbangan itu telah disampaikan oleh setiausaha politiknya Muhammad Kamil Abdul Munim.
“Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kerugian yang mereka alami, insya-Allah,” kata Anwar.
Perdana Menteri juga berkata berdasarkan laporan, Mydin telah mengalami kerugian sekitar RM50 juta akibat insiden itu.
“Saya zahir simpati terhadap nasib peniaga yang menjadi mangsa,” kata beliau.