Pakai baju tema raya ‘Barbie’ pergi kubur, netizen persoal tindakan usahawan
Tak dinafikan ada ramai dengan tema pelik untuk fesyen Raya tahun ini tapi semestinya tidak boleh melawan usahawan ini.
Menggunakan tema patung kesukaan kanak-kanak wanita ‘Barbie’, usahawan ini tampil unik dengan baju dengan patung muka menghiasi bahagian hadapan.
Namun fesyen unik tersebut bukanlah satu masalah, yang menarik perhatian adalah kerana melawat kubur dengan baju sedemikian.
Lebih mengejutkan ia adalah sebahagian daripada muzik video lagu mereka yang dikeluarkan tahun ini.
“Pakaian Raya yang semua orang nantikan daripada kami, BARBIE adalah tema raya kami untuk 2024 ni, Alhamdulillah.
“Simple sahaja baju kami anak beranak kali ini dan istimewa untuk semua pengikutt kami.
“Ini adalah hadiah buat semua iaitu lagu raya Single pertama lagu raya dari kami berjudul ‘TIBERR RAYA’ untuk semua raya ni, harap semua suka dan terhibur,” ujarnya di TikTok.
Rata-rata netizen tidak menyenangi gaya usahawan tersebut yang dilihat tidak kena untuk pergi menziarahi kubur.
“Allah.. Kubur tu, mampu mengucap jelah aku tengok.
“Mereka berdua ni tak panas ke pakai baju macam tu? Aku pakai baju kurung biasa pun dah berpeluh satu badan.
“Ya Allah tak panas ke? Kita yang pakai baju kurung biasa pun berlecak. Aku pun suka barbie. Tapi tak ada lah smpai baju raya pun tema ni.
“Dia ni kalau nak datang rumah aku untuk beraya, memang aku kunci pintu serapat-rapatnya,” antara komen netizen.