“Menantu ingat aku tak kerja, takde pencen harap duit anak je macam bapak dia, jangan ingat aku sengkek, aku ada simpanan sendiri”
Boleh saya katakan anak menantu zaman sekarang tidak seperti zaman saya muda – muda kira – kira 40 tahun lalu,
Dulu kebanyakan menantu hormat mertua mereka, walaupun bukan semua. Berbeza zaman sekarang.
Mereka bukan sahaja tak tahu hormat malah tak tahu ambil hati mertua. Main Ianggar saja
Mungkin saya ini berfikiran kun0, dah tua, tapi dulu saya muda juga, saya bukan suri rumah sepenuh masa, saya berkerjaya.
Pendidikan juga tinggi, ada ijazah. Boleh katakan taraf pendidikan saya sama dengan menantu saya sekarang tetapi cara mereka boleh bergaul dengan saya boleh saya simpulkan langsung tidak hormatkan mertua.
Untung saya bukan duduk kampung jika tidak tentu saya lebih dibenci menantu sebab menumpang rezeki mereka.
Saya bukan mengh1na semua menantu zaman sekarang tetapi sebahagian kecilnya memang berper4ngai b0doh s0mbong. Belajar saja tinggi tetapi otak letak kat lutut.
Banyak sebab saya kata demikian. Pertama kalau dia minta jaga anak – anaknya beberapa hari, bila waktu nak ambil anaknya mulalah bersungut anaknya selsema lah, demam lah, jatuhlah, berparutlah, macam – macam hal komplen mereka.
Itu belum masuk bab bersungut baju seluar anak – anaknya hilang. Takkan kita buang kot! Mungkin dia terlupa bawa datang atau mungkin belum bercuci lagi. Sebenarnya dia takut baju seluar anak dia dipakai oleh cucu – cucu saya yang lain.
Pernah saya beritahu lain kali kalau datang tak payah bawak baju, boleh pakai baju seluar cucu saya yang lain. Tapi tak mau pulak, konon standard pasar malam. Peliknya bila sesak nak hantar anak ke rumah saya suruh suami iaitu anak lelaki saya cakap dia tak berani cakap..
Apa yang menaikkan d4rah saya lagi, kalau nak pergi bercuti dia tak mahu beritahu lebih awal, selang seminggu dua nak berangkat baru beritahu, sedangkan saya pun ada rancangan sendiri.
Jangan ingat dia saja nak makan angin, saya pun ada rancangan, tetapi disebabkan perbuatannya, saya terp4ksa batalkan rancangan bercuti bersama suami dan anak yang lain kerana dia nak hantar anak dia suruh kita jaga.
Bila saya batalkan rancangan tentu anak saya marah, sebab mereka dah ambil cuti dan dah buat rancangan. Memanglah melancong dalam negeri tetapi tentu kita pun dah tempah bilik hotel. Bila anak kita kecewa, tentu kita pun sama.
Lepas tu pembantunya diberi bercuti dan dia suruh kita jaga anak – anaknya. Kita pun dah tua mana larat nak pergi kedai selalu, sebab anak – anaknya bukan makan masakan kita, kena pergi beli ke kedai, memang menyusahkan.
Ini bukan kali pertama dah 3, 4 kali, atas alasan ada meeting oversea dan sekali holiday. Itu baru cerita dia pergi cuti, belum lagi bab pergi kenduri kend4ra, kalau ada kenduri sebelah saud4ra mara saya memang jaranglah dia sampai.
Alasannya emak dia ada hal, ada kenduri saud4ranya dan adik beradik bertunanglah. Macam – macam. Saya tak marahlah kalau dia pergi sendiri tapi dia p4ksa suaminya iaitu anak saya ikut sama.
Memanglah itu suaminya, tetapi anak kita patut dahuIukan emak sendiri. Sekali sekala bergilir apa salahnya.
Itu bab pergi bercuti dan kenduri, belum masuk hubungan ‘pahit maung’ dengan ipar duai. Fikirnya dirinya sahaja penting, sementara adik – adik ipar dia tak peduli. Kalau balik raya ke rumah saya dah tengah malam raya baru sampai, ataupun petang raya.
Pendek kata dia tak perlu bantu apa pun semua tersedia, dia perlu duduk makan. Tidur semalam di rumah, esok pagi – pagi dah balik ke rumah emaknya alasannya tak dapat cuti panjang.
Saya tahu menantu saya ini takut balik awal, pertama kerana tak tahu masak, kedua takut kena keluar duit banyak kena beli bahan juadah buat hari raya.
Jadi kalau balik lewat tak payah keluar duit. Dia fikir saya minta duit dia atau duit anak lelaki saya ke untuk juadah raya? Saya masih mampu sediakan, saya mahu mereka balik supaya bersama ipar duai berhari raya, itu pun susah ke? Bukan tiap – tiap tahun pun!
Apa dia fikir saya tak bekerja, tak ada pencen bulanan seperti ayahnya, maka saya tak ada duit dan harapkan anak – anak bagi duit setiap bulan. Janganlah fikir saya sengkek macam tu. Saya masih mampu lagi. kerana saya ada simpanan sendiri
Saya mula sedar ketakutannya terhadap saya dan suami apabila satu hari menantu saya ini tanya apakah saya ada insuran perubatan, katanya insuran perlu, sebab belanja perubatan dan rawatan di hospitaI sekarang mahal, lainlah kalau nak duduk hospitaI kerajaan.
Tak seperti ayahnya bekas kakitangan kerajaan ada duit pencen setiap bulan dan kalau masuk hospitaI kerajaan duduk kelas pertama. Percuma! Dia juga hairan mengapa tidak ada seorang pun anak saya kerja kerajaan, kalau ada tentu senang dapat rawatan percuma hospitaI kerajaan.
Sebab dia kata demikian kerana suami saya s4kit jantung dan pernah jalani rawatan di hospitaI dan dia tahu harganya terlalu tinggi dan dia fikir kalau masuk hospitaI sekali lagi tentu simpanan kami habis untuk rawatan hospitaI dan tentu akan susahkan anak saya minta bantuan untuk bayar bil perubatan.
Walaupun dia bercakap biasa sahaja tetapi saya boleh selami apa maksud cakap dan kebimbangannya. Kita dah tua.
Memang cepat terasa hati. Si menantu ini juga susah hati ketika kami pergi umrah kali ketiga, katanya, kenapa nak pergi banyak kali?
Sekali pergi Mekah buat haji dan sekali umrah sudah memadai. Tersendap saya bila dia kata demikian, saya tak minta duit anak – anak, kami ada simpanan dan kami rasa cukup untuk hari tua dan rawatan perubatan kami.
Kami tak minta duit anak – anak. Lainlah kalau mereka nak bagi, kami terima tapi kami tak pernah minta.
Bukan mengumpat tapi apabila saya perhatikan per4ngai anak – anak saya iaitu dua perempuan dan dua lelaki amat berbeza, anak perempuan terlalu ambil berat kesihatan dan kebajikan kami suami isteri sedangkan anak lelaki tidak.
Yang lelaki banyak jadi pak turut kepada isteri mereka. Contoh, bila buat kenduri, jamuan raya atau ketika saya mengerjakan haji dan umrah anak perempuanlah lebih banyak menghulur duit berbanding anak lelaki.
Sedangkan mereka semua mendapat pendidikan yang sama, tidak ada yang lulusan maktab tetapi mengapa anak perempuan lebih ambil berat emak ayah mereka berbanding anak lelaki?
Sedangkan menurut ajaran agama anak lelaki mesti bertanggungjawab lebih kepada emak ayah bukannya anak perempuan. MaIangnya tidak pada anak – anak lelaki saya.
Kesimpulannya, jika saya beri lebih banyak harta dan simpanan saya ini kepada anak anak perempuan saya rasa memang sepatutnya berbanding anak – anak lelaki yang lemah dan tunduk kepada kehendak isteri – isteri mereka.
Nak balik rumah emak sendiri pun susah apatah lagi nak jadi tempat emak bapak berg4ntung harap. Saya pernah dengar ceramah seorang ustaz tentang kifarah, katanya apa yang kita lakukan kepada ibu bapa atau mertua kita maka kita akan terima nanti bila kita tua, diperbuat oleh anak – anak kepada kita.
Kita buat baik dibaIas baik begitulah sebaliknya. Tetapi peliknya saya dipinggirkan oleh menantu saya, sedangkan sayalah menantu kesayangan mertua saya dulu, sebab saya paling banyak bantu mertua ketika susah dan memerIukan.
Contoh, kalau raya, saya jadi orang kuat sediakan jamuan. Kalau saya tak balik raya tahun itu, saya pastikan, duit daging, ayam dan sebagainya saya kirimkan kepada mertua untuk jamuan raya. Dan saya buat yang sama untuk emak ayah saya sendiri.
Dua tahun sekali langsir rumah mertua saya akan tukarkan, kuih raya, baju raya emak ayah saya juga sediakan, pendek kata mertua saya tak pernah risau pasal persiapan raya. Begitu juga emak ayah saya mereka juga mendapat hak yang sama.
Adik – adik ipar kahwin pun saya pastikan suami saya akan bagi duit untuk buat kenduri. Emak ayah mertua s4kit kami suami isteri hantar ke hospitaI, perbelanjaannya kami tanggung, memang di kampung tak ada hospitaI suasta, tetapi kena bayar juga.
Pendeknya semua kami uruskan, saya tak pernah tanya mertua saya ada insuran perubatan ke? Ada duit ke nak pergi Mekah? Simpanan dan harta ada ke? Makan minum setiap hari ada duit ke? Saya pastikan suami hantar duit kepada emaknya setiap bulan.
Saya tak pernah soal mengapa mesti bagi emak ayah duit setiap bulan, seperti menantu saya buat pada saya. Begitu banyak kebaikan saya taburkan kepada mertua tetapi mengapa saya dapat baIasan seperti itu daripada menantu saya?
Bukan saya harapkan baIasan terbaik dari mereka, cukuplah tidak cemburukan saya. MaIangnya saya dicemburui dan ditakuti susahkan mereka apabila saya tak berduit, s4kit kerana mereka takut saya mintak duit dari anak saya.
Bila hati terasa pedih saya nasihatkan menantu saya jangan hantar anak – anaknya ke rumah saya, kerana saya sudah tua dan tak terdaya uruskan mereka. Kalau sesak kerana pembantu rumah lari, dia mesti urus sendiri, jangan hantar pada saya lagi.
Belajar berdikari. Dulu saya pun bekerja masih boleh jaga 4 orang anak sendiri, tak pernah ada pembantu, kecuali dibantu jiran semasa anak masih kecil, bila besar saya latih mereka berdikari.
Saya bangun jam 5 pagi sediakan makan minum untuk sarapan dan makan tengah hari. Kalau saya boleh bangun jam 5 pagi uruskan anak mengapa menantu sekarang tak boleh buat?