Mak mentua jangan ‘berangan’ nak dapat menantu sempurna, anak sendiri pun banyak tak ‘semenggah’
Mak mentua jangan ‘berangan’ dapat menantu sempurna sedangkan anak sendiri pun banyak kelemahan. Masih ramai golongan mak mentua nak menantu sempurna, jaga elok anaknya.
Malahan ada mentua, dia berharap menantu perempuan dia pandai masak, pandai ambil hati dia, pandai bagi dia hadiah, tapi anak dia sendiri tak solat pun dia tak tegur.
Anak dia jenis baran, cepat naik tangan pun dia tak kata apa. Ada yang ‘advance’ sikit, anak ambil benda terlarang pun, masih ‘backup.’
Pedas memang pedas, tapi itulah hakikat. Anak kita sendiri pun, kita tak tegur, tak nasihat. Salah pun dimenangkan sebab itu besar jadi macam itu. Menatang sangat si anak sehingga salah pun betul, dosa pun pejam mata.
Selepas itu nak harap si menantu ubah itu ini. Memang susahlah. Tanggung jawab itu jatuh pada mak ayah dulu. Benda kalau sudah lama dibiarkan, bukan senang diubah dalam sehari dua. Makan tahun juga.
Tapi kalau mak ayah tak sokong menantu untuk ubah anak dia, maka tak ke mana diri si anak itu. Percayalah!
Ada sesetengah mak mentua, berharap dapat menantu sempurna. Sedangkan diri sendiri pun ada kekurangan, mana adil jika terus mencari silap ahli baru dalam keluarga.
Ya, setiap mak tentunya inginkan yang terbaik untuk anakya. Begitu juga bila anak sudah berkahwin dan mempunyai pasangan. Sudah tentulah, sebagai mak mentua, dia ingin menantu sempurna dan dapat membahagiakan anaknya.
Mampukah keinginan mak mentua untuk dapat menantu sempurna itu tercapai. Rasanya, belum tentu dapat tapi sebolehnya menantu akan cuba jadikan yang terbaik. Cuma tak tahulah macm mana pula pandangan mak mentua pada dirinya.
Kita bukanlah sempurna. Baik mak mentua atau menantu, kita bukanlah yang terbaik dan mak mentua jangan terlalu berharap untuk dapat menantu sempurna, sebab sampai kiamat kita tak akan jumpa.
Perkongsian yang boleh dianggap agak ‘panas’ dan makan bila pendakwah memberi jawapan ‘pedas’ kepada salah seorang perempuan apabila ditanya tentang mak mentua yang merasakan menantu tidak sesuai dengan anaknya.
Dalam satu perkongsian di Tiktok tular tentang wanita Indonesia yang mengajukan soalan tentang menantu yang tidak sempurna. Namun, jawapan yang diberikan oleh pendakwah terkenal negara itu, Mamah Dedah cukup pedas.
“Saya baru sahaja mengizinkan anak berkahwin dan menerima menantu baru. Namun selepas mereka berkahwin, ternyata menantu saya itu tidak seperti yang saya harapkan. Dia tidak memenuhi ciri-ciri yang saya bayangkan sebelum ini dan saya rasa dia tidak sesuai untuk anak saya.”
Kemudian, soalan tersebut dijawab tenang oleh Mamah Dedeh dengan jawapan yang cukup memberi kesan kepada mereka yang mendengar.
“Kita harus memahami peribahasa ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Jika anda mengharapkan bertemu calon menantu sesempurna seperti dalam bayangan anda, sehingga kiamat tidak akan berjumpa orang seperti itu.
Ada pepatah yang mengatakan ‘Insaan Mahalul Khatha wan Nisyaan’ yang bermaksud ‘manusia itu tempatnya adalah salah dan lupa’. Jangan terlalu cepat menghukum si menantu, ada baiknya kita muhasabah diri dahulu.
Adakah kita sudah cukup sempurna untuk mengharapkan yang sama?