“Nak kutuk exclude KKM please” – Isu kenaikan gaji penjawat awam cetus perdebatan warganet
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih daripada 13 peratus
Ini juga merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara setakat ini.
Sehubungan dengan itu, netizen dilihat berdebat dan memberi pendapat masing-masing tentang isu tersebut di media sosial.
Salah seorang netizen di laman X berpendapat bahawa orang awam yang tidak puas hati tidak patut tujukan kutukan dan perlian kepada penjawat awam KKM.
Ada juga yang mengatakan kalau gaji dah naik perlulah tingkatkan kualiti kerja
Ada netizen yang setuju dan ada pula yang tidak. Kebanyakannya berpendapat bahawa penjawat KKM telah melaksanakan tugas mereka dengan baik.
Mereka juga bekerja betungkus lumus untuk memastikan sistem kesihatan negara terjamin.
Ketika artikel ini ditulis, bebenang di laman X berkenaan meraih pelbagai reaksi dan komen netizen.
Ada penjawat awam yang memang layak dapat kenaikan gaji, jangan pukul rata.