Ular masuk rumah? Jangan panik & lari, ini 7 cara untuk tanganinya

Ular masuk rumah? Jangan panik & lari, ini 7 cara untuk tanganinya

 

Situasi ular masuk rumah, bukanlah sesuatu perkara yang baru. Sama ada cuaca terlalu panas atau kerap hujan, ia pasti mengundang kehadiran reptilia karnivor ini ke kediaman manusia.

Jadi, sekiranya anda berhadapan dengan situasi tersebut apa yang perlu dilakukan?

Menerusi satu kiriman di laman Facebook rasmi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, terdapat cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa itu. Jom baca!

TIPS KESELAMATAN MENANGANI HAIWAN BERBISA

Menurut Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, terdapat 3 perkara yang tidak boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan ular.

Jangan sesekali anda melakukan perkara berikut:

  • Cuba tangkap ular jika tiada kemahiran
  • Cuba mencederakan ular
  • Cuba menghalau menggunakan peralatan

Namun, terdapat 7 langkah apabila anda berhadapan dengan reptilia berbisa ini.

Anda perlu melakukan perkara berikut:

  1. Hubungi talian 999 untuk bantuan.
  2. Perhati gerak-geri dan arah ular bergerak.
  3. Tutup pintu dan tingkap bagi mengelak ular keluar.
  4. Arahkan semua penghuni keluar.
  5. Kurangkan bergerak (diam) di hadapan ular.
  6. Kenal pasti jenis ular, panjang, warna dan corak.
  7. Berikan maklumat tepat kepada pasukan penyelamat.

ular masuk rumah

Semoga maklumat di atas, dapat membantu anda semua yang berada dalam keadaan genting dan panik untuk mengawal situasi ketika berhadapan dengan ular sebaiknya.