Cara buat telur pindang ekspres, tak perlu tunggu sampai 3 hari 3 malam

Cara buat telur pindang ekspres, tak perlu tunggu sampai 3 hari 3 malam

 

Kalau zaman dulu bila nak kenduri sahaja mesti akan buat telur pindang, masak dalam periuk besar untuk beberapa hari.

Bila dapat makan tuh fuh betul-betul nikmat rasa, sampai satu tahap tu bila mengidam nak makan mesti tak tertunai sebab ambil masa lama nak masak

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Cik Yah menerusi halaman ‘Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan (BIKMM)’.

Bahan-bahan

  • 1 papan telur dibasuh bersih dan ketepikan.
  • 1 genggam cili kering biarkan panjang.
  • 5 batang serai termasuk tangkai yang panjang dipotong panjang-panjang.
  • 10 biji bawang merah yang pekat warna kulitnya hiris tebal.
  • 20 ulas bawang putih tumbuk kasar.
  • 6 inci halia saiz besar potong kasar.
  • 6 inci lengkuas saiz besar potong kasar.
  • 1 senduk nasi ketumbar.
  • 1 senduk nasi jintan putih.
  • 1 senduk nasi jintan manis.
  • 1 senduk nasi kicap pekat.
  • 1 senduk nasi penuh garam kasar.

Cara masak:

  • Ambil periuk yang saiz besar boleh muat bahan bersama telur.
  • Mula-mula susun semua bahan kecuali telur.
  • Bila semua sudah dimasukkan barulah susun telur di atas bahan. Paling akhir isi air paras atas telur.
  • Pasang api yang paling kecil dan biarkan dalam masa 2 jam baru tutup api.
  • Setelah itu biarkan telur, jangan dikeluarkan dulu supaya rempah ratus meresap ke dalam telur.

Senang! Tak ada lagi kempunan nak makan telur pindang lepas ini.