Berapa kali patut ‘shutdown’ telefon pintar? Ini nasihat pakar keselamatan di NSA

Berapa kali patut ‘shutdown’ telefon pintar? Ini nasihat pakar keselamatan di NSA

 

Berapa kerap anda perlu mematikan telefon pintar anda sepenuhnya? Soalan ini bukan sahaja tentang menjimatkan bateri. Ia juga menyumbang kepada keselamatan peranti yang sepatutnya anda perlu tahu.

Menurut pakar keselamatan di Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), telefon pintar anda itu harus dimatikan sepenuhnya sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Menurut NSA, dengan hanya melakukan langkah mudah itu, ia dapat membantu melindungi peranti daripada serangan penggodaman kerana penjenayah siber tidak dapat mengakses telefon pintar melalui pautan berniat jahat dan melalui eksploitasi zero-click.

Anda boleh menyemak pada Settings telefon Android anda bagi melihat berapa lama telefon anda sudah dihidupkan.