Peniaga ini berjaya jual 200 bungkus nasi lemak RM1 tak sampai sejam meniaga

Peniaga ini berjaya jual 200 bungkus nasi lemak RM1 tak sampai sejam meniaga

 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Demikianlah situasi yang boleh digambarkan terhadap usaha seorang pemuda yang sanggup menjual nasi lemak pada harga amat murah iaitu RM1 sebungkus.

Usaha tidak mengkhianati hasil apabila dia mampu menjual 200 bungkus setiap hari hanya dalam tempoh satu jam.

Mior Usman Mior Ishak, 26, setiap hari berjualan bersama ba­panya Mior Ishak Nek, 59, di hadapan Taman Utama, Jalan Pontian-Johor Bahru.

Walaupun harga bahan mentah ketika ini seperti beras, bawang dan lada kering mahal, peniaga itu tetap menjual dengan harga RM1 sebungkus.

Lapor Kosmo!, Mior mula menjual nasi lemak pada bulan Jun lalu setelah tamat pengajian di ­sebuah kolej di Johor Bahru dan belum tergerak untuk be­kerja atau meneruskan pengajian.

“Setiap pagi emak saya, Zainabun Awang, 56, akan memasak nasi lemak dan sambal seawal pukul 1 pagi dan kerja-kerja membungkus pada pukul 5 pagi kerana gerai dibuka seawal pukul 6.40 pagi.

“Tumpuan kami kepada mereka yang bekerja di Pekan Nanas, Johor Bahru dan Singapura, pelajar-pelajar sekolah serta suri rumah yang mula membeli sebagai sarapan untuk anak-anak mereka,” katanya seperti dilapor.

Selain itu kata Meor, mereka juga ada menjual nasi lemak ayam dengan harga RM2 selain nasi lemak berlauk dan mihun goreng pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.