Isteri kantoi curang dengan bos sendiri, suami curiga senyap-senyap’ ikut isteri guna dron dapatkan bukti

Isteri kantoi curang dengan bos sendiri, suami curiga senyap-senyap’ ikut isteri guna dron dapatkan bukti

 

Suami manakah yang tidak merasa curiga apabila isteri kesayangan tiba-tiba sahaja berubah menjadi dingin sejak bertukar jabatan di tempat kerjanya.

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki berusia 33 tahun hingga membuatkan dirinya nekad memulakan misi pengawasan ‘berteknologi tinggi’ terhadap wanita tersebut.

Difahamkan, rasa curiga sang suami semakin bertambah selepas isterinya sengaja mengabaikannya selain kerap mahu keluar rumah dengan alasan melawat ibu bapa.

Tidak mampu membendung kebimbangannya, lelaki dikenali sebagai Jing itu nekad membuat keputusan menggunakan dron untuk mengikut setiap pergerakan isterinya.

Segalanya terbongkar apabila Jing yang tinggal di Shiyan, barat laut Hubei, China itu melihat isterinya iaitu Wu menaiki sebuah kereta menuju ke sebuah gunung terpencil.

Rakaman dron tersebut menunjukkan Wu berjalan berpimpin tangan dengan lelaki lain di lereng bukit terpencil sebelum menghilang masuk ke dalam sebuah rumah usang.

Mereka berdua kemudian berjalan keluar dari rumah itu kira-kira 20 minit kemudian dan memandu ke kilang tempat Wu bekerja, lapor South Morning China Post (SCMP).

Menurut Jing, segala bukti yang telah dikumpul melalui rakaman dron tersebut akan digunakan untuk membuat permohonan penceraian terhadap isterinya di mahkamah.

“Lelaki bersama isteri saya itu adalah majikan dia. Isteri kepada majikan Wu itu juga bekerja di kilang yang sama sehingga menyukarkan mereka untuk menjalinkan hubungan sulit di sana.

“Mungkin sebab itulah isteri saya terpaksa berjumpa dengan majikannya di ‘hutan liar’,” kata Jing mengulas kejadian itu selepas rakaman dron tersebut tular di media sosial China iaitu Weibo memetik laporan SCMP.