Terkini!!! Annuar Musa perlu sedikit keberanian, jangan menikus dalam menilai video seks Azmin
[DIKEMASKINI] Rakaman audio perbualan antara dua individu mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial sejak Rabu didakwa tulen.
Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai orang yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua tokoh politik itu, pengecaman suara di dalam audio tersebut bukanlah perkara rumit.
“Saya cuba mendengarnya 10 kali malam tadi, saya rasa saya boleh cam suara itu dan yakin 100 peratus ia tulen,” katanya pada sidang akhbar pelancaran Blueprint Bandar Pintar Wilayah Persekutuan (MySmart Wilayah 2030) di kementeriannya di sini pada Khamis.
Menurutnya, kandungan percakapan antara kedua-dua individu berkenaan juga amat mengecewakannya.
“Saya bukan mempersoal kebebasan bercakap tetapi “content” percakapan itu jelas menunjukkan ada perancangan, kebersamaan dan perbincangan yang bercanggah dengan dasar ‘No Anwar, No DAP’ yang diputuskan parti,” katanya.
Beliau mendakwa, sememangnya wujud hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PKR.
“Saya sangat berkeyakinan memang ada perhubungan dan perhitungan…Gunalah apa sahaja, boleh guna konspirasi,” katanya.
Annuar berkata, hubungan itu boleh dilihat termasuklah surat sokongan kepada Anwar yang ditandatangani oleh Ahmad Zahid, namun dinafikan.
“Kemudian kenyataan media mengenai tuntutan mengadakan sidang Parlimen.
“Copy paste” (surat) juga membuktikan ada muafakat di belakang tabir.
“Sekarang keluar pula rakaman audio,” katanya.
Pada Rabu, tular di laman sosial rakaman suara panggilan telefon berdurasi empat minit 17 saat mirip Anwar yang memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.
Bagaimanapun Ahmad Zahid menyangkal dakwaan penglibatannya di dalam rakaman suara tersebut. – SH