Ayob Khan nafi senarai nama tular punya kaitan dengan Geng Nicky

Ayob Khan nafi senarai nama tular punya kaitan dengan Geng Nicky

Nama-nama pegawai dan anggota polis yang ditularkan di media sosial kerana kononnya terbabit dengan pelbagai sindiket jenayah terancang, disahkan tiada kena mengena dengan kes ‘Geng Nicky.’

“Memang tiada kaitan setakat ini, tetapi saya tidak tahulah kalau mungkin ada kaitan dengan yang lain (kes lain).

“Sejak kebelakangan ini, banyak benda ditularkan tentang polis. Jangan percaya dengan benda-benda itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Infaq Ramadan di Masjid Jannatul Firdaus di Taman Molek, di sini hari ini.

Sejak Selasa lalu, tular di laman sosial senarai nama pegawai-pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, yang dikatakan banyak terlibat dengan pelbagai sindiket jenayah terancang iaitu dengan cara melindungi, bersubahat, bersekongkol, menyalahguna kuasa dan menerima rasuah.

Penularan itu kemudian menimbulkan persoalan sama ada mereka yang tersenarai merupakan antara pegawai polis yang terlibat dengan kes ‘Geng Nicky’. – FMT