Kajian Invoke : Azmin selesa di Gombak, Muhyiddin lebih popular berbanding Anwar dan Najib

Kajian Invoke : Azmin selesa di Gombak, Muhyiddin lebih popular berbanding Anwar dan Najib

Hasil tinjauan terhadap pengundi di Gombak yang dilaksanakan Invoke, sebuah badan data yang dipimpin bekas ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli menunjukkan Gombak kekal sebagai kubu kuat Azmin Ali selain turut mendapati lebih ramai yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berbanding Anwar Ibrahim dan Najib Razak bagi jawatan perdana menteri.

Tinjauan yang dijalankan di Gombak tersebut adalah sebahagian daripada tinjauan yang melibatkan enam kawasan Parlimen lain termasuk satu kawasan DAP dan empat lagi kerusi PKR.

Kawasan Parlimen yang dikuasai DAP adalah Seremban yang diwakili bekas menteri pengangkutan Anthony Loke, sementara empat yang lain adalah kerusi pemimpin-pemimpin PKR yang setia dengan Anwar Ibrahim.

Mereka termasuk Shamsul Iskandar Mohd Akin (Hang Tuah Jaya), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Johor Baru), Chang Lih Kang (Tanjong Malim) and Tan Yee Kew (Wangsa Maju).

Tinjauan yang dijalankan itu didukung portal berita Malay Mail. Ia dijalankan dalam tempoh sebulan antara 26 Ogos hingga 2 Oktober tahun lalu, bagi melihat sokongan yang diterima kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih pentadbiran selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh.

Antara hasil tinjauan itu adalah Ahli Parlimen tiga penggal, Azmin Ali didapati sangat dikenali pengundi Gombak dengan 50% menyebut nama beliau ketika ditanya siapakah wakil rakyat di kawasan mereka.

Sebagai perbandingan, hanya 29% dari pengundi Seremban mengenali Loke, sementara di Johor Baru, hanya 13% responden mengundi bahawa mereka mengenali Akmal sebagai wakil rakyat.

Tinjauan tersebut turut berkata Azmin yang terkenal di Gombak boleh menjadi faktor untuk beliau mengekalkan kerusinya dalam pilihan raya akan datang.

“Sama ada perkara ini beri impak positif atau negatif terhadap peluangnya di sana boleh diperdebatkan,” kata tinjaun itu seperti yang dilaporkan Malay Mail.

Gombak yang memiliki majoriti penduduk Melayu adalah kubu kuat Umno sebelum Azmin berjaya merampasnya pada 2008.

Pada 2018, beliau memenangi kerusi Gombak dengan 48,721 undi majoriti mengalahkan Barisan Nasional and PAS.

Pemimpin utama PKR ketika ini menyasarkan kemenangan di Gombak bagi pilihan raya akan datang ketika. Sumber dalaman parti itu berkata ia adalah langkah bagi menghukum Azmin kerana membawa keluar beberapa ahli Parlimen PKR keluar dari parti tersebut sehingga peluang Anwar untuk menjadi perdana menteri kerajaan PH ranap. – MN