Bongkar!!! Disebalik ura-ura PDPR 2.0, rakyat masih menanti 150,000 komputer riba yang dijanjikan kerajaan PN

Bongkar!!! Disebalik ura-ura PDPR 2.0, rakyat masih menanti 150,000 komputer riba yang dijanjikan kerajaan PN

Ahli Parlimen pembangkang mendesak Menteri Pendidikan, Radzi Jidin dan timbalannya meletak jawatan selepas dilihat gagal melaksanakan tugas mereka ketika negara berdepan pandemik.

Timbalan Menteri Pendidikan ialah Muslimin Yahaya dan Dr Mah Hang Soon.

Dalam kenyataan bersama, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan dan parti pembangkang berkata, rakyat kabur tentang hala tuju dan pelan tindakan terancang kementerian berkaitan pendidikan di saat negara menghadapi Covid-19.

“(Ini) kerana tidak wujud ketelusan maklumat dari Kementerian Pendidikan (KPM) kepada rakyat.

“Apa yang pasti, kemarahan rakyat terutama guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa terhadap kerajaan dan KPM yang diwakili menteri dan dua timbalan menterinya
adalah berhubung lemahnya pengendalian mereka terhadap situasi terkini dapat dilihat sama ada di peringkat bawahan mahupun di media sosial.

“Atas kesedaran ini, kami mewakili semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan parti pembangkang lain mendesak Menteri Pendidikan beserta kedua-kedua
timbalannya yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka seperti diharapkan rakyat supaya segera berundur demi masa depan rakyat dan negara tercinta,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR, Teo Nie Ching (DAP), Hasan Baharom (Amanah), Wilfred Madius Tangau dari Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA), Amiruddin Hamzah (Pejuang) dan Ahmad Hassan (Warisan).

Dalam pada itu, mereka turut mendakwa usaha pembukaan sekolah secara berperingkat tahun ini yang dilakukan KPM adalah tergesa-gesa.

Menurut kenyataan, mereka akur usaha mengekang Covid-19 dari merebak lantas memutuskan rantaian jangkitan wabak menuntut usaha bersepadu semua pihak tanpa kompromi dengan mana-mana individu mahupun keadaan, demi memastikan keberkesanan usaha terangkum tersebut.

“Apa yang berlaku kini, pihak pengurusan sekolah ramai yang hilang arah dan punca apabila peningkatan kes di sekolah tetapi mereka tidak dipersiap untuk PDPR di kala sekolah ditutup.

“Malah, pemberian 150,000 komputer riba yang dijanjikan kerajaan masih tidak kelihatan,” katanya. – FMT