Gempar!!! Dakwa kehabisan stok vaksin, pengurusan vaksin di bawah Khairy Jamaluddin mula dipersoalkan
Bekalan vaksin mungkin tidak cukup untuk memulakan Fasa 3 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada Mei seperti dirancang.
Menteri penyelaras Khairy Jamaluddin berkata ia sebahagian besarnya bergantung pada bekalan vaksin.
“Fasa 2 berjalan dengan baik. Fasa itu sedang berjalan. Fasa 3 sepatutnya bermula pada Mei tapi saya tak tahu adakah bekalan kita mencukupi. Kita akan buat pengumuman berhubung perkara ini nanti,” katanya.
Khairy berkata program vaksinasi sukarela dengan vaksin AstraZeneca adalah istimewa dan dikategorikan bawah Fasa 4 kawalan penyakit di Kuala Lumpur dan Selangor, memandangkan penularan yang tinggi di situ.
Sementara itu, Khairy berkata setakat ini kesan sampingan yang dilaporkan daripada individu yang terlibat dalam ujian terkawal vaksin AstraZeneca hanyalah demam.
Terdahulu, Khairy berkata Fasa 3 program imunisasi tersebut dijangka bermula pada Mei 2021 hingga Februari 2022.
Ia akan melibatkan warganegara dan bukan warganegara berusia 18 tahun ke atas, dengan keutamaan diberikan kepada mereka di zon merah, diikuti oleh zon kuning dan zon hijau.
Bagi mempercepat proses vaksinasi, Khairy berkata kerajaan merancang untuk menubuhkan lebih banyak pusat vaksinasi mega seperti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC), yang dapat menampung lebih daripada 2,000 janji temu sehari, setelah negara menerima lebih banyak bekalan vaksin pada Jun atau Julai.
Bercakap ketika pelancaran vaksinasi AstraZeneca hari ini, beliau berkata, setakat tengahari, 682 orang telah menerima vaksin di PWTC, 449 di Universiti Malaya (UM), dan 493 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sejumlah 2,468 janji temu vaksinasi dibuat bagi PWTC, 996 di UM, dan 928 di UKM hari ini.
“Berdasarkan kunjungan saya di pusat vaksin PWTC hari ini, prosesnya berjalan lancar.
“Hari ini kita mula menggunakan pengamal penjagaan kesihatan swasta. Sebelum ini, kita hanya menggunakan mereka yang berada bawah Kementerian Kesihatan,” kata beliau.
Semua 268,000 slot vaksinasi AstraZeneca bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor habis ditempah dalam tempoh kurang daripada empat jam pada Ahad.
Proses vaksinasi akan disempurnakan menjelang minggu pertama Jun.
Sejuta lagi dos vaksin tersebut dijangka tiba bulan ini melalui fasiliti Covax.
Khairy juga berkata program sukarela bagi vaksin AstraZeneca akan diperluas ke negeri-negeri zon merah yang lain, dan akan berlangsung seiring dengan program imunisasi kebangsaan. – FMT