Ahli parlimen PKR dakwa perbahasan Belanjawan 2021 jadi medan politik disebabkan oleh speaker
Perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat sekarang, nescaya tidak akan menjadi medan politik sekiranya Speaker Azhar Azizan Harun membenarkan sesi separuh hari kepada wakil rakyat pembangkang membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian termasuk usul undi tidak percaya, kata Wong Chen (PKR – Subang).
“Jika pihak Speaker dan kerajaan bersetuju untuk benarkan masa separuh hari untuk (bentangkan) RUU persendirian bagi setiap minggu Parlimen termasuk usul undi tidak percaya, maka perkara ini boleh selesai dengan aman.
“Perbahasan Belanjawan 2021 akan berhenti jadi medan politik dan kembali menjadi isu asas iaitu perkara kewangan negara,” katanya.
Wong berkata demikian pada sesi perbahasan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Untuk rekod, dengan keraguan terhadap majoriti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam Dewan Rakyat, sejumlah anggota parlimen kerajaan dan pembangkang telah mengemukakan usul tidak percaya beberapa bulan lalu.
Sumber: Malaysiakini