Gempar!!! Bukan Pas, sebaliknya Dap cadang Malaysia kecam Israel

Gempar!!! Bukan Pas, sebaliknya Dap cadang Malaysia kecam Israel

DAP hari ini mengecam tindakan ganas Israel ke atas Masjid al-Aqsa yang berlaku semalam.

Setiausaha Antarabangsa DAP Teo Nie Ching berkata insiden ke atas rumah ibadat adalah perbuatan keganasan dan tidak sepatutnya berlaku terutama semasa Ramadan dan Aidilfitri juga bakal tiba.

“Israel sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan konflik di Timur Tengah yang semakin meruncing, bukan mengambil jalan keganasan.

“DAP menggesa kerajaan Malaysia untuk turut sama mengecam serangan Israel tersebut,” katanya.

Semalam lebih 170 orang penduduk Palestin mengalami kecederaan akibat diganasi tentera rejim Zionis ketika mereka mengerjakan solat tarawih.

Antara jemaah yang menjadi mangsa termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Agensi berita AFP pula melaporkan sekurang-kurangnya 163 rakyat Palestin dan enam anggota polis Israel cedera di Masjid al-Aqsa dan di timur Baitulmaqdis.

Pasukan Palang Merah Palestin pula melaporkan, mereka membuka sebuah hospital lapangan kerana wad kecemasan penuh ekoran kejadian tersebut.

 

Polis Israel mendakwa kononnya keganasan itu berlaku disebabkan jemaah ‘merusuh’ selepas solat.

Sementara itu Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang berkata dia mengecam sekeras-kerasnya serangan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.

Katanya ia menambah luka umat Islam kerana dilakukan ketika penduduk Palestin terbabit sedang menunaikan solat dan beribadat di penghujung Ramadan.

“Saya menyeru seluruh umat Islam bermunajat kepada Allah SWT untuk kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada saudara kita di bumi al-Quds.

“Isu Palestin adalah melangkaui isu umat Islam dan ini merupakan isu kemanusiaan sejagat,” katanya.

Presiden PAS itu juga berkata semua pihak dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan dunia Islam perlu mengambil tindakan tegas dan mengecam kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terbabit. – MK