Lagi bantahan kenyataan Hadi, kali ini dari G25

Lagi bantahan kenyataan Hadi, kali ini dari G25

Perkhidmatan awam negara profesional dan tidak berpolitik, kata sebuah kumpulan bekas pegawai tinggi kerajaan selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menggesa mereka yang tidak selesa dengan kerajaan semasa supaya meletak jawatan.

G25 berkata, perkhidmatan awam tidak berpihak ketika melaksanakan dasar.

“Mereka berkhidmat kepada raja serta negara dan bukannya mana-mana parti politik,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada FMT.

Sementara itu, Wong Ang Peng, pengarah komunikasi Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) – sebuah kumpulan pesara tentera dan polis – bersetuju dengan sentimen itu.

Katanya, penjawat awam dalam negara ini tahu undang-undang dan peraturannya.

Beliau berkata, masalahnya dengan ahli politik memberi arahan bercanggah yang melanggar peraturan serta tadbir urus baik – contohnya “banyak”.

Walaupun ada individu yang tunduk kepada hasrat ahli politik, secara umumnya, prestasi perkhidmatan awam patut dipuji, walaupun masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan.

Wong berkata, jika penjawat awam tidak tunduk kepada hasrat menteri, maka ahli politik berhak dilayan sedemikian.

“Ahli politik yang tidak mampu melakukan tugasnya dalam kedudukan tertentu perlu meletak jawatan, bukannya penjawat awam,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tidak timbul soal penjawat awam tidak menyokong dasar kerajaan atau gabungan pemerintah semasa.

“Tiada persoalan mengenai kebolehpercayaan mereka.”

Isnin lalu, Hadi dilaporkan berkata, penjawat awam perlu meletak jawatan, jika mereka tidak selesa dengan gabungan pemerintah semasa yang bukan daripada parti disokong mereka.

Cuepacs berkata, kerajaan tidak patut meragui penjawat awam yang tetap profesional dalam tugas mereka, tanpa mengambil kira parti politik mana yang berkuasa.

Adnan Mat, presiden kesatuan sekerja penjawat awam, memberi jaminan kakitangan kerajaan bersikap berkecuali ketika melaksanakan arahan dari Putrajaya.

“Sejarah membuktikan penjawat awam tidak mempunyai masalah dalam melaksanakan amanah, walaupun berlaku peralihan kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 dan sekali lagi pada tahun lalu.” – FMT