Dituduh terlibat gerakan freemason, ini jawapan rakan baik KP KKM

Dituduh terlibat gerakan freemason, ini jawapan rakan baik KP KKM

ANUGERAH DARI BADAN ANTARABANGSA PEMBEDAHAN BERPRESTIJ

The Royal College of Surgeons of Edinburgh adalah institusi pembedahan yang tertua di dunia pada hari ini. Kolej ini berpusat di Scotland United Kingdom dan mempunyai felo dan ahli seramai lebih 25 ribu orang pakar bedah dari seluruh dunia. Ramai antara pakar pakar bedah yg terkenal dikaitkan dengan kolej ini termasuklah Sir Joseph Lister, pencipta antiseptik dalam surgeri dan Sir Arthur Conan Doyle, pencipta novel Sherlock Holmes berlandaskan misteri pesakit.

Edinburgh adalah salah sebuah institusi perubatan yg paling disegani di dunia. Banyak universiti perubatan di dunia di buka oleh alumninya, ataupun berpandukan model Edinburgh, umpamanya fakulti perubatan tertua universiti Pennsylvania di Amerika, universiti perubatan tertua di India, Universiti Culcutta, Sydney di Australia, Hong Kong, Singapura dan Malaysia . Pengumuman pembukaan fakulti perubatan di UKM dibuat oleh YAB Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada makan malam RCSEd pada tahun 1972. CSAMM juga adalah hasil terbitan dari the Kuala Lumpur Branch of RCSEd sebelum ianya dibubarkan. Hari ini RCSEd bersama2 dengan Kolej yg lain yang setara dengannya mengambil peranan memimpin halatuju latihan dan standard perkhidmatan surgeri yang semakin pesat membangun.

RCSEd juga menganugerahkan fellowship kepada tokoh tokoh yg unggul dari seluruh pelusuk dunia. Anugerah yang tertinggi adalah Ijazah fellowship kehormat, seperti yg telah diterima oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri sembilan,Tuanku Canselor UKM dan Kofi Annan, Setiausaha Agung Bangsa2 Bersatu. Juga penerima Ijazah Fellowship Ad Hominem, seperti Tan Sri Noor Hisham Abdullah, sebagai mengiktiraf kepakaran beliau sebagai pakar bedah tersohor di bidang pembedahan endokrin. Bukan calang2 orang yg pernah menerimanya.

Ramai lagi pakar2 bedah unggul negara yg menjadi felo kepada Kolej ini, termasuklah Presiden College of Surgeons Malaysia dan Dekan fakulti perubatan UM, Prof April Roslani, Pengarah HCTM Prof Dato Razman Jarmin dan Prof Datuk Ismail Sagap, pakar bedah kolorektal, Prof Dato P Kandasami, mantan Master of Academy of Medicine Malaysia dan ramai lagi yg tak sempat saya sebutkan disini. Jubah biru yang klasik ini pernah mereka pakai dan bergambar dalam dewan yang bersejarah ini.

Profession Pembedahan menghormati etika yang tinggi dan nilai murni sejagat. Sebagai doktor mereka perlulah merawat semua pesakit tanpa mengira latarbelakang warna kulit, jantina, agama bangsa dan apa jua sifat diskriminasi. Atas dasar inilah profession ini masih dihormati dan disegani di seluruh dunia.

FITNAH

Baru baru ini saya terbaca fitnah besar, dimana gambar Tan Sri DG diatas dikaitkan dengan upacara Freemasons dan keagamaan. Ini adalah tidak benar sama sekali. Gambar beliau adalah bersama Presiden, Professor Michael Lavelle Jones.Saya menjadi saksinya dan telah memohon RCSEd membuat kenyataan. Saya membuat kenyataan ini bukan sebagai kawan atau rakan pakar bedah, tetapi sebagai ahli lembaga pengarah RCSEd Malaysia dan mantan penasihat antarabangsa RCSEd dan juga sebagai seorang manusia biasa yg ingin menyatakan kebenaran. Kalau ada yg salah perlu ditegur supaya kita semua dijauhi dari ftnah.

Saya menyeru kepada semua untuk menyemak akan fakta sesuatu bahan yg diterima sebelum disebarkan. Sama2lah kita berdoa agar Allah swt memberikan hidayah dan pertunjuk kepada kita semua.

Hanafiah Harunarashid