Hanya sedikit kesilapannya, bakal baby youtuber ini teruk dicaci netizen
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai personaliti media sosial yang terkenal, Ryzal Duriankimci atau Ryzal Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban.
Menerusi satu video tular, Ryzal menyamakan pakaian tradisional yang dipakai isterinya, Maryam seperti alas TV dan kain buruk mengundang kemarahan netizen.
Membuat permohonan maaf secara terbuka, Ryzal akui sedih apabila anaknya yang belum lahir turut terkena tempias apabila dihentam dan dicaci.
“Ada orang menghentam anak dalam kandungan (isteri) Maryam seperti sekian, sekian…. Kami sedih sebab netizen menghentam anak yang belum lahir, belum melihat dunia lagi dah kena caci hamun dengan masyarakat,” katanya.
Bagaimanapun, Rizal berkata dia tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya mengakui silapnya yang tidak sensitif. Ryzal juga berharap netizen tidak menyalahkan Maryam di atas apa yang berlaku.
“Ryzal cuma berharap, selepas ni, tiada lagi isu berlanjutan berkaitan dengan apa yang berlaku. Maryam tak ada kaitan. Dia tak faham apa yang berlaku,” katanya.
Terdahulu, Ryzal tampil memohon maaf serta menjelaskan dia tiada niat untuk menghina, sebaliknya hanya bergurau. – RTKY