Aneh!!! Kenapa polis teruskan siasatan terhadap Khairuddin sekiranya tiada kesalahan dilakukan?

Aneh!!! Kenapa polis teruskan siasatan terhadap Khairuddin sekiranya tiada kesalahan dilakukan?

Polis akan merakamkan keterangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berhubung isu pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman baru-baru ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang menyiasat kes berkenaan.

“Kita belum menetapkan tarikh untuk merakamkan keterangan menteri terbabit,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Sabtu, Khairuddin dalam satu kenyataan menafikan tuduhan bahawa beliau ditahan di SJR Perasing dan mempunyai hubungan dengan seorang selebriti wanita.

Khairuddin berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiar atau menyebarkan cerita tidak benar itu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis memeriksa kenderaan dinaiki Khairuddin ketika melalui SJR Perasing, Kemaman pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik dilaporkan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk berkaitan dakwaan dan maklumat tular melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/141701/BERITA/Semasa/Polis-akan-panggil-Khairuddin?fbclid=IwAR1c9OtAmup23rd13qgz8M8RMG8DtflOA3OsoK7iKzjqoKSI9Zj9_HqfvfA&utm_source=telegram&utm_medium=telegram&utm_campaign=Polis%20akan%20panggil%20Khairuddin